WISH ME LUCK!

Petang-petang hari update. No matter la kan? Ini je masa yang ada sebelum sibuk seperti biasa. Oklaa final dah habis, semester 3 pun dah habis. Tapi still busy jugak. Mana ada orang tak de perkataan BUSY dalam life diorang. Mostly. Jarang lah tak ada. 


 Tapi kenapa aku busy sedangkan masa menghadap buku dah habis. haha. Actually eksited nak bagitahu sebab aku dah nak ambil lesen. Tepuk tangan please. haha. Yeah! Finally after berkurun lamanya memujuk my mom untuk ambil lesen berjaya juga. Umur dah 19 tahun weh. Bulan 5 tahun depan dah masuk 20. Dah tak merasa belasan tahun lagi dah. Tapi tu lah kebanyakkan my friends dah ada lesen. Gila tak best drive kereta. Aku yang duduk sebelah pemandu pun jakun. Oppss obvious pula, haha. Yelaa dah tua2 ni barulaa kejakunan nk drive kereta muncul. Dulu time kecik-kecik sebelah mata pun tak pandang. haha. Thats why aku ckp aku akan busy sebab nak ambil lesen and kena habiskan sebelum penghujung bulan 11. Sebab time tu dah naik sem dah. hee. Sibuk nnt nak study undang-undang laa, kelas lagi laa. kan? Harap dapat habiskan dengan sempurna tanpa repeat. Ameen.


Cuti sem kali ni aku nak rehat kejap dari bekerja. Sebab sebelum ni, asal cuti sem je aku akan make sure kan yang aku kerja. Nasib laa ibu bagi. So cuti kali ni, masa aku akan dipenuhi dengan jadual lesen kereta. hahaha. poyooo!

secebis pesanan cinta

#COPYnPASTE
Kalau suka seseorang . Jauhkan diri dari dia . Time tuu baru kau boleh beza kau suka dia sebab nafsu atau sebab Allah . Kalau suka ikut nafsu , kau tak boleh menjauh . Ada jaa yang tak kena . Kalau kau suka sebab Allah , kau akan cuba kawal perasaan . Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut zina hati . Tapi always mention dia dalam doa dan tak pernah missed sebab kau tahu hati dia Allah pegang . Kau percaya Allah Maha Pengatur segalanya ? 

Nahhh . Nampak tak beza ? Bila orang tanya , sayang dia tak ? Kau jawab lah sayang . Then mereka tanya lagi , kenapa lepas kalau sayang ? Kau jawablah sebab sayang . Mendalam kannn ? Siapa kita untuk menafikan perasaan yang hadir ? Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang ? Rujuklah kepada dia untuk mendapat solusi . Dia PAKAR CINTA . Jika rindu , titipkanlah dalam doa . InshaAllah , dia akan turut merasainya . Mohon Allah jaga . Mohon Allah lindung . Moga baik2 dalam jagaanNya . Lepaskan cinta yang tidak halal . 

Renungan untuk kita bersama . Wallahua'lam  - Mimi Mazuin
- matang la dalam mengejar cinta manusia , bergegas la mencari cinta Ilahi . in sha Allah mencari cinta hakiki , mana tahu 1 hari Allah beri apa yang menjadi milik kita , jika tidak .. redha lah dengan senyuman , terima yang lain seadanya :)  

Tika ini..

Bismillahirrahmanirrahim. Dah lama tak update. Followers dan readers semua dh hilang kemana. Huhu. Sadiss. Never mind. Komitmen terhadap pelajaran diutamakan. Inshallah ada masa update entri lagi. Akan cuba usaha untuk aktif macam dulu. Tp mungkin lepas final exam. Wish me luck.

P/s: saya ada crush. Admire gila dkt dia. Tak tahu kenapa. Bukan sebab hensem. Tp sebab lain yg buat sy kagum terhadap personaliti dia. Moga Allah tanamkan perasaan yg ada dalam diri saya sama dalam diri dia. Inshallah.

RAYA TAK JADI

Dah lama tak update entri baru. Korang of course laa tahu makna BUSY? right? Hehe.
Well itu adalah key point saya. Setiap orang mesti ada word busy dalam life diorang. Mana boleh tak ada. Impossible! hahaha. So stop dekat sini tak nak meleweh sangat. Jom ke topik utama. Ecehhh...


As a student, masa kebanyakkan dicuri oleh time untuk kita study, ber'assignment', project final etc.Masa untuk enjoy still ada tapi tak adalah banyak sangat. Just korang keluar hu ha hu ha dengan kawan then balik asrama study. Well kehidupan as a student tak dinafikan memang penat. Tapi bila aku fikir balik, semua kerja penat hatta nak suap makan dalam mulut pun penat. Nevermind, aku anggap kehidupan student ni memang satu cabaran.

Well dah nak dekat raya and kita dipenghujung 10 malam terakhir ramadan, memang terasa sedih laa bila kita semakin meninggalkan bulan puasa and next nak sambut raya. Tapi for me,raya tahun ni nothing kot, Why? Sebab nak buat apa raya sakan. Umur pun dah sweet 19 *poyo* then ditambah lagi dengan assignment, test, quiz, role play memang tak laa nak berhari raya sangat aku ni. hahaha. Semua tu nak kena siapkan and get ready after cuti raya. Korang sendiri boleh imagine macam mana tension nya aku  then geleng2 kepala tanda kesian to me. hehehe.

So thats all for keluh kesah aku tentang raya tak jadi untuk minggu ni. Malas nak taip banyak-banyak. Selamat hari raya Aidilfitri kepada korang yang kenal aku atau pun tak. Minta maaf kalau ada salah silap. dan aku ucapkan selamat menikmati hari raya korang! hahaha

Dugaan dalam persahabatan

Kenapa kita perlu menjaga dan memahami  hati seorang kawan?
Kenapa susah sangat kawan nak memahami kita walaupun kita sedaya upaya untuk memahami dia?


Satu je pesanan FI untuk korang semua, please3x! jagalah hati kawan sendiri. janganlah benda yang kecil diperbesar besarkan. In fact kawan mesti jaga hati kita tapi kita ada jaga hati kawan sendiri? Fikirlah dan muhasabah kan diri kita. Sempurna kah kita?
Assalammualaikum.

Kualiti atau kuantiti? Mana lagi baik?



Saya sebenarnya tak nak laa tanya result korang. Nak buat apa kan? Mesti ada yang berjaya n tak. Normal. Just nak cakap kepada yang berjaya tu zati ucapkan congrates and yang kurang berjaya just relax n chill. Usaha yang penting. Selagi ada minat untuk belajar just go on sahaja ok? Ingat kegagalan yang lepas jangan jadikan penghalang untuk berjaya. SPM bukan segala-galanya. Sebab apa zati cakap macam tu? 

Sebelum korang teruskan pembacaan. Disini saya ingin memberitahu saya bukan nak downkan korang yang baca ni. Saya pun mahasiswi. Masih belajar. Ambil diploma pengajian perniagaan. Sekarang berada di semestar kedua. Kalau korang tak boleh accept dengan cara penyampaian saya ni, sorry to say, dekat sini bukan tempatnya :)

Korang mesti hampa sebab tak bawak balik kejayaan untuk parents korang. Of course la kan. Tapi adik-adik jangan give up. Yakinkan dekat parents nak berjaya bukan hanya masuk U semata-mata or dapat banyak A. Orang yang tak dapat masuk U pun boleh berjaya. Cuma usaha je nak kasi lebih. Sebab?  Ramai student dekat Malaysia ni dah pandai gila2. Kebanyakkan mereka, teori punya orang. Matlamat mereka fokus untuk exam dan untuk dapat A or 4flat then keluar U cari kerja. Only that. Kadang-kadang orang yang otaknya teori ni bila kita putar je sikit dia dh blur. Macam saya laa. 

Berbanding orang yang berusaha untuk berjaya, dia akan seimbangkan antara praktikal dan teori. Hari ini bila nak cari kerja orang dah tak pandang berapa banyak A yang dapat. Ambil contoh macam bila nak interview, interviewer just tanya,tell me about yourself. Kadang-kadang orang yang pandai ni boleh sangkut jugak tau. Sebab tu pentingnya praktikal berbanding teori. Kita ada ilmu teori banyak manapun,tapi tak praktik tak ada guna. Percayalah.

So kepada adik-adik dekat luar sana, jangan takut dan bimbang. Bila kita tak dapat masuk U, carilaa kemahiran. Kalau rasa diri tu tak nak belajar yang serabut2. Hadap buku 24 jam. Ambil kemahiran. Tak hina manapun kemahiran tu. Kemahiran pada hari ini sangat penting. Kadang-kadang dengan kemahiran tu lah kita dapat income lebih. Tak caya? Ambil contoh orang yang seimbang antara praktikal dengan teori. Bila dia grad dan cari kerja punyalah susah, dia tahu dia mesti buat sesuatu. Dia ada kemahiran  seperti membaiki kenderaan dan why not dia cuba untuk kearah itu.  At least dia mencuba. Dan ada income. Berbanding orang yang dah grad tapi kerjanya tanam anggur padahal result gempak gila tapi tak ada kemahiran. Boleh beza kan?

Konklusinya, yes dari SPM kita ni dari nothing jadi something. Tapi ingat tak semua orang dapat kerja sepertimana sama nya dia amik bidang time dekat U dulu, Ingat itu jee tau. wassalam

p/s; korang mesti tertanya-tanya kenapa zati tak ambil kemahiran sebab zati kan ambil business. Businesskan banyak teori? Jawapannya saya tengah dalam proses kearah itu. Insyallah


Selamat datang kembali

 First of all said alhamdulillah. Finally hampir setahun tidak menulis dan meninggalkan blog, kini saya kembali (macamlah retis,kononnya) dengan setiap inci blog berubah 360 darjah. Membawakan tema pink merah dengan ber'background'kan flowery. Cantik idak? haha. Penat tahu edit blog ni. Rasa 1 hari tak cukup.

Ok enough story pasal blog, entri kali ni pendek je nak tulis. Insyallah mulai hari ini dan hari seterus terusnya saya akan jadi blogger yang setia terhadap blog kesayangannya macam dolu-dolu. Haha. Nak start jadi newbies balik. Yelah dah lama beno tinggalkan blog. Nak edit coding tadi pun terkapai-kapai sebab lupa punya pasal. Hehe. 

Lastly, diucapkan selamat datang kembali kepada diri sendiri dalam dunia penulisan blog. Tak sabar nak update entri terbaru lagi. Banyak giless story nk mory dengan korang semua. Excited tak nak tahu? Mestilah kan??? Hahaha.  Nantikan...*chewahhh*