Kerja sambilan

Tadi petang baru lepas pergi temu duga kerja.Nak cari duit,nak kumpul sikit2 sebelum futher study dkt mana-mana.Nk cari experience lah org kata.Dah habis SPM,tak kan lah nk goyang kaki dkt rumah jee.Mahu diperhambat penyapu dgn ibu saya.wakaka.Actually saya dtg time boss tak ada.SO,kena isi form dulu.Then petangnya baru panggil interview.Bossnya sangatlah baik,ceria and mudah ketawa.Jantina lelaki dan berbangsa cina.*pergh,ayat tak macam skema gila babun*.

Dia cakap lah,kenapa nak kerja farmasi ni,then saya cakap PLKN tak mahu amik saya maa,jadi saya mahu kerja laa.Nak cari duit,mahu tolong itu mak saya.Boss tu cakap,ouh good2.Dia tanya lagi,pada pendapat youlah,farmasi ni kerja dia buat apa sahaja?Saya cakaplah,ini farmasi jual ubat-ubat lah.Boss reply:Aiyoo,you jgn pikir berat-berat maa.Pikir yg simple2.Macam...Dahlah time tu saya tak tahu nk pikir apa.Sbb dlm kepala otak saya,saya set yg farmasi ni jual ubat je.haha.Lepas dah tak tahu nk ckp apa,dia bagitahulah yg kerja farmasi ni,kalau org dtg,say hello,hi and cakap mahu apa?beli apa? Simple right? Itu basic bg budak baru mcm you.Then saya pun reply,ohhhh.Nak ringkaskannya dia cakap saya boleh mula bulan 12 ni.1/12/2012 start kerja.Time tu rasa happy gila.Mana taknya,gaji pun cukup cun.For budak2 yg baru nk merasa pegang duit like me,jumlah gaji yg ditawarkan sbnyk ....... tersangatlah banyak.hihi.

Then dia tanya lagi,lepas ambil itu result SPM,apa plan you hah? Saya cakap saya nak sambung belajar dekat U amik diploma.Lepas tuh dia tanya,you sanggup kerja overtime tak? Dengan secepatnya saya angguk kepala and say,saya sanggup.haha.Ni farmasi,cuti dia tak tentu.You sanggup? Saya angguk buat kali kedua.huhu.Oklah,saya bagi you kerja as a assistant pharmacy.Time tu,dalam hati,syukur alhamdulillah.Papepun,doakan saya berjaya yee :)
P/S: Time dia suruh introduce yourself in English,menggelabah saya dibuatnya.Yelaa,mana ready seyh.Haha.Lepas tuh,dlm hati,aku nk ckp apa ni.Bantai jela.Broken pon broken laa.First time nk cakap,saya senyum2 pandang dkt boss.haha.Nak kumpul kekuatan dulu.AND mulalah cakap,my name is...bala..bla..bla..Rupanya inilah yg dinamakan temu duga.Baru saya tahu.hehe

Manakah yang terbaik? (Diploma @ Matrik @ STPM?)

Sejak dua menjak ni,fikiran asyik terbayang-bayang nak pilih course apa  untuk sambung belajar nanti. Even SPM belum habis lagi.Tinggal lagi dua paper sahaja iaitu Akaun dan Chemistry.Bebalik pada topik,saya plan,after SPM nak kerja dulu sebelum result keluar pada bulan 3 nanti.Disamping bekerja,saya plan juga nak ambil kelas Bahasa Inggeris.Nak belajar bahasa omputih lah kononya.haha.Ya! Itulah perancangan saya after SPM nanti.

Then bila result keluar,saya plan nak ambil terus diploma.Saya  nak ambil diploma sebab saya telah banyak membuat research tentang hala tuju after SPM.Ada yang mengatakan tempoh pengajiannya lebih lama berbanding matrik atau stpm.Itu saya tak kesah sangatlah.Panjang atau singkat tempohnya,saya tak ambil kira.Yang penting dimana pun kita belajar,diperingkat mana sekalipun,ilmu tetap perlu dicari dan ditambah.Persoalannya sekarang,kenapa saya ambil diploma?Mesti korang nak tahu kan? Meyh saya bagitahu..For your information,saya ni jenis org yang tak suka struggle,tak suka memaksa diri dgn something yang tak suka buat,tak suka cabaran,tak suka memeningkan kepala,tak suka tergopoh-gapah.Kalau tergopoh-gapah atau tergesa-gesa,nanti saya mudah jadi gelisah dan tak tentu arah.huhu dll.Itulah kelemahan saya.

Saya ni jenis orang yang suka relax,santai dan cool.So saya fikir,antara matrik,diploma dan stpm,maybe diploma adalah yg terbaik berdasarkan kriteria diri yg ada pada saya.Orang kata juga students yg ambil diploma ni lebih banyak main-main.Tapi,itu semua depands pada individu itu sendiri.Kalau ambil diploma,kita boleh perbaiki prestasi pengajian kita dari semasa ke semasa.Org kata,peluang nak baiki diri itu still ada lah.Compare dgn matrik dan stpm? Pikirlah sendiri...

Persoalan yg seterusnya ialah,course apa yang saya nak ambil nanti diperingkat diploma?
Dalam kepala hotak saya sekarang,saya plan nak ambil:
  • Diploma seni kulinari
  • Diploma pengurusan hotel dan perlancongan
  • Diploma hospitaliti dan perlancongan
  • Diploma pengurusan perniaagaan/ Diploma pentadbiran perniagaan

Setakat itulah plan saya.Saya tahu kemampuan saya stakat mana,and sejauh mana.Saya ada minat nak ambil course tersebut.In Shaa Allah,kalau diberi peluang ambil course tersebut,saya akan tanam kesungguhan nak belajar betul2 pula.Saya jenis org yg tak suka dgn subjek yang ada kira-kira.Saya jenis orang yang lebih suka kepada fakta dan penulisan(mengingat dan menulis).So daripada saya ambil perakaunan yang sejak dari dulu saya tak minat,nak buat apa? Menyusahkan diri jee.Entahlah.Itu adalah perancangan sahaja.Tapi itu semua bergantung pada result SPM nanti.Klau ada rezeki sambung study,In shaa Allah..

Apa-apapun doakan yang terbaik buat saya yee :)

P/S: Ada cadangan,nak bagi komen atau pendapat? Silakan.Saya amat mengalu-alukannya :)

Tersangatlah syok bila dapat hadiah....

Akhirnya,SPM bakal meninggalkan saya.Yess! Lagi 2 paper je iaitu Chemistry and Akaun.Menanti dengan penuh kesabaran.hehe.Saya free hingga Isnin ni (26/11/2012).Hope,2 kertas terakhir ni,i will do the best.|
In Shaa Allah :) Actually taknak cerita pasal paper2 sebelum nih,lantaklah dia.Buat sakit hati jee semak.Grr~Janji saya dah buat sehabis baik.Hanya tawakal jela.

Main point sekarang ni saya nak cerita pasal Giveaway,Contest and Segmen para bloggers.Setakat ini saya dah join 12 Giveaway/Segmen and alhamdulillah saya menang hadiah separuh drpd Giveaway/Contest yang saya join.Hadiah pertama yang saya menang (still ingat) sampai sekarang ialah hadiah dari Giveaway(GA) Nisa Kay.Menang hadiah manufacture tools( saya rasa ejaan manufacture to typo lah,huhu).Mula2 memang tak percaya tau dapat hadiah.Yelaa,ramai org cakap,internet2 ni semuanya menipu lebih.My mom also says like that.Tapi saya yakinkan yang hadiah (manufacture tools) tu mmg saya dapat walaupun diri sndr tak 100% percaya.

Then bila post laju dtg dekat rumah,tanya almat betul ke tidak,suruh sign segala bagai lepas tuh tunjuk hadiah barulah percaya.Ibu saya pun tak sangka.Ingatkan menipu.haha.So dari situ,ibu saya percaya dan start lah hobby baru saya men"join"kan diri dengan pelbagai GA/Contest yg diadakan.Kalau org yg tak ada blog,maybe diorg ckp,menipu.Nak tunjuk bukti,ada tu ada.Tapi malas lah nk upload gmbr.Line dahlah lembab mcm siput gong-gong.ngehngeh.Tapi,trust me,aktivi berblogging ni antara aktiviti yg menyeronokkan.Kadang2 boleh jadi femes mcm Lyssa Faizureen and Ben Ashaari.Tapi tujuan saya blogging ni tak adalah nk jadi femes.Just suka-suka jee

Antara hadiah yang saya dapat sepanjang ber"GA" dan ber"Contest" ni ialah Topup RM10,Teddy bear,Shawl/pashmina,Tudung Bawal,Purse/contact lense,Novel,dan buku nota hanmade.

Hadiah tu tak lah awesome mana pun.Tapi at least dapatlah juga,kan? Tapi ingat,tak semua GA atau Contest yg kita masuk,ada luck tau! So jgn berharap sgt.Ada rezeki tu adalah.Lagipun owner yg menganjurkan GA /Contest tu baik2 belaka plus para sonsor.Tapi adakalanya rasa annoying juga,kalau dh menang tapi hadiah still tak dihantar lagi.Sabar jela~huhu
p/s: Dua hari lepas saya ada dapat call dari nombor yg tak dikenali.Saya telefonlah balik nombor.Sekali caller ringtonenya lagu keling.Terkejut beruk saya.Lepas tu saya tanya siapa,nak apa.Then dia cakap lah,ini ada "barang" yang mahu send dekat awak.Saya cakaplah "barang" apa? Dia cakap,itu "barang" tak boleh bukak.Dalam otak saya,dh pikir mcm2."Barang" apa pula lah ni.Lepas tu dia sebut alamat saya.Lagi kecut perut.Dah lah tahu nombor telefon.Alamat rumah lagi.Parah ni.Ntah2 keling ni main ckp je lepas tu nak samun rumah aku.Dia tambah lagi,"barang" tu dia akan hantar by hand dan terus kerumah pada esoknya.Seharian saya fikir.Pebendalah "barang" tu..Korang nak tahu apa? Rupanya hadiah GA yang saya menang disend menggunakan KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).Belum pernah dalam sejarah saya punya hadiah send melalui KTMB.Inilah first time.Selalu send guna post laju.Papepon thnks kepada sponsor itu yg sudah hntr hadiah saya,even lambat.Dekat Arau,Perlis tu dia duduk.Tersangatlah jauh dr Perlis to Jb
Oklah tu jee nk story untuk entri kali ni.Dalam sibuk kita dengan aktiviti seharian jgn lupa #PrayforGaza oke? In Shaa Allah....

Selamat Menyambut Awal Muharram

Assalammualaikum semua.Saya harap korang sihat walafiat laa yee :).Sebelum saya terlupa saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam dimana sahaja.Saya rasa belum terlambat lagi kot nak ucapkannya.Semalam saya telah dipilih menjadi tetamu Allah untuk menghadiri program Maal Hijrah yang dibuat oleh pihak masjid ditempat saya.Alhamdulillah kerana Allah telah memberi kesempatan masa dan peluang untuk saya menghadirinya.Disana saya sempat bersolat jemaah dan membaca yassin serta doa akhir tahun dan awal tahun.Syukur~  

Sebelum solat Isyak,ada tazkirah.Tazkirah itu mengenai kesengsaraan penduduk2 GAZA yang sedang ditindas oleh yahudi laknatullah.Betapa susahnya untuk mereka menjalani  kehidupan seperti kita.Apa usaha kita untuk membantu? Usaha kita ialah kita disini hanya mampu menderma  apa yang terdaya dan  mendoakan kesejahteraan sahaja sebagai pengiring untuk mereka.

Awal tahun Islam ini iaitu Muharram,saya telah mempebaharui azam saya.Azam saya apa? Biarlah rahsia.hehe~Yang penting adalah niat dan kesungguhan untuk mencapai azam yang telah dibuat.Semoga Allah mempermudahkannya.Amin~ Lastly,Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H untuk semua.Semoga Allah memberi kita kesihatan,dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita.Insyallah~
P/s: tadi saya tengok drama CINTA HALAL TV3 pukul 4 petang.Best + sweet + happening + funny seyh cerita tuh.Memang rugi siapa yang tak tengok.hehe.Lakonan yang mantap dari Fahrin Ahmad dan Nur Fathia.Love both of them.Time tengok citer tuh,dalam hati cakap alangkah bestnya kalau dapat lelaki aka bakal suami yang tough,hensem lagi bergaya! Kalau tough senang nak peluk.Hensem lagi bergaya itu kira bonus lah.kehkeh.
Apa yang aku merepek nih ! Pengaruh novel dan tv ni banyak sangat lahh~Aiyoyo,APTB.Mampus kalau mak @ member aku baca nih! Siapalah kena kutuk nanti.Tapi...peduli hapee aku.hihi..
Hei,Atin,fokus dulu SPM laa! SPM belum habess ni! Berangan je lebih!!

Pink Theme

Hi,selamat pagi korang.Hari ni saya rasa free sangat so dari membuang masa tak buat apa-apa baik saya tulis entri baru,walaupun Spm belum habes dan study pun tak lagi ni!Wahaha...
Untuk entri  kali ni,saya just nak beritahu saja,yang blog saya telah bertukar wajah.Totally semuanya pink.Actually saya ni bukanlah peminat tegar pink juga tak terlalu obses,just biasa-biasa je.Kegilaan saya hanyalah pada warna Purple sahaja.Tapi entahlah,saya rasa blogger perempuan ni amat sinonim dengan warna pink.Fakta oke?Mana-mana saya pergi BW blog perempuan mesti warna pink.Tapi adalah 5% yang pakai warna selain pink.So saya decide pakai jela theme pink.Tak salahkan?Dapat tak point saya disitu? 

Nak describe one by one mengenai blog ini mmg complicated,tapi biarlah saya cakap yang keseluruhan blog ini adalah saya edit menggunakan hasil usaha saya sendiri.So kepuasan yang saya dapat memang tak ternilai rasanya.Saya hanya menggunakan simple template sahaja.Header pula,saya pakai non-transparent.Sebab apa saya pakai non-transparent,sebabnya ialah saya rasa mcm dah bosanlah pakai header transparent ni.So saya buat laa kelainan sikit dekat blog saya nih.hehe.Header saya buat sesimple habess.Oklah itu je nak story untuk entri kali ni.Semoga kita berjumpa di next entri,ok?
P/s: Nak letak lagu ke tak eh? Apa pendapat korang?Mana lagi better? Kalau nak letak,nak letak lagu apa? Malay,English,Korean,etc? Dan apa yang perlu saya tambah untuk menjadikan blog saya lebih menarik?
Need yours comment !

Ohh My Maths

Tadi exam math.Exam yang ke-4 buat first week SPM.Then rehat seminggu sebab cuti Deepavali.And naik seminggu tu baru exam lagi 5 subjek iaitu Agama Islam,Addmaths,Pyhsics,Chemistry and Akaun.Semuanya killer subject except Agama.Huhu.Cuti ni nak rehat jap.Nak release tension.Tapi tak laa lama sangat.Sehari dua jee.Banyak preparation yang nak buat sebelum jawab paper killer tuh.Yelaa,budak yang tak seberapa nak cerdik ni,memang laa kena buat banyak kerja.Betul tak?
Back to topic....
 Serius time jawab paper math tu best gila.haha.Tapi time jawab paper 2 jela.Solan dia memang senang tahap gaban lah.Alhamdulillah dapat jawab dengan baik dan sempurna.Tapi takut juga kalau tak dapat markah yg diharapkan for paper 2.Kadang-kadang soalan senangg pun banyak careless nya juga.Betul tak? But it's ok,semuanya saya dah buat dengan terbaik dan saya serahkan kepada-Nya.Macam mana pun result saya terima.Tapi saya tak puas hati dengan paper 1.Serius susah tahap cipan.Wahaha.Tapi adatlah kan.If paper 1 susah,paper 2 senang dan sebaliknya.Ye dak? Tadi time check jawapan math paper 1(dpt skema dari friends yang sama batch dalam satu group ni) memang cuak gilee.Takut dapat markah teruk sebab banyak soalan main tembak jee.Yelaa otak saya ni bukanlah otak yang suka kira-kira.Tulah kelemahan saya.Nak dijadikan cerita,naseb mmg saya tak sebelahi saya.Paper 1 dapat markah terukk gila.Nak menangis tau time tengok markah paper1 __/40 tuh! So saya harapkan paper 2 dapat markah the best yang tak pernah saya impikan.Whoho.Insyallah,amin~~

P/s: Orang kata let bygones be bygones.But not for me.Dahlah paper sejarah hancuss.Maths pun sama.Tadi my heart memberontak sebab nak check jawapan for paper 1 maths.And hasilnya,saya juga yang kecewa.Hurm.Say padan muka to saya ! Sejarah tak nak check sebab paper tu dah hantar dekat cikgu.Tak nak ingat pape lagi sebab mmg soalan dia betul2 memerangkap saya.Solan no 1 pun saya tak ingat dia soal apa.Haha..Minta-minta gred sejarah turun.Dahlah soalan KBKK tak banyak Yeye cikgu cakap tahun ni markah KBKK naik 70++%.Dan lagi satu maybe buat pertama kalinya SPM tahun ni,banyak sangat yang buat pembetulan.Haishh~

M E N Y E S A L..

Alhamdulillah,satu paper tadi dah habis jawab dengan jayanya iaitu paper BM.For me,paper BM tadi tak adalah susah sangat.Tapi saya tak mengharapkan dapat perfect score.I means,A+.Tapi still mengharapkan sinar A.Tak kiralah A or A-.Nak juga A.haha.Amboii,mcm tamaklah pulokk.Tapi itu semua kuasa ALLAH.Dia yang menetukan segala-galanya.Semoga dilembutkan hati pemeriksa itu untuk menanda kertas saya.Amin~~

Point yang penting sekarang ni saya nak cakap yang saya menyesal sebab SAYA TAK BACA SOALAN UNTUK BAHAGIAN TATABAHASA YANG SURUH BINA AYAT TU!!! Soalan tulis,boleh letak imbuhan.Tapi saya tak letak! Yelah,kalau ikut logik kebiasaanya mana ada suruh letak imbuhan,peribahasa or anything.Sebab tu saya tak heran sangat nak baca soalan.Yelaa,org ego.kan?Wuarghh!!! Nak menangiss laa rasanya.6 markah lesap begitu sahaja.hurmm~Menyesal sebab tak baca soalan.Betul kata org,menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada berguna.Saya berharap sangat ada juga lah markah yang sangkut dekat part tuh.Oklah nk story tu jee.Lepas ni nak study BI pulokk.
Remember,study smart not study hard,oke?
 P/s:
  • Bacalah soalan terlebih dahulu sebelum menjawab yee,kawan-kawanku.
  • Orang kata juga,yang lepas,lepaslah.Usah dikenang.Nanti merana jiwa.Betul tak?
  • BM KERTAS 1 bhgn B esei 350 setengah memang saya prefer habis-habisan,empat muka surat.Bersungguh-sungguh gila buat.Tahu tak?Hoho.Adalah dalam 700++ patah perkataan.hee~Minta ada rezeki lebih dkt situ :) Orang kata,all out semua lah.Nak tulis banyak-banyak nnt pening plak penanda tu tanda n acctually tak cukup masa..hehe.
  • Pesal tahun ni peribahasa suruh tulis maksud.Adoyaii.Unpredictable :(