Takkan terpisah selamanya

Dah lama tak update entri baru.Sibuk siktlah.Maklumlah dah kerja.Kalau dulu sekolah sibuk dengan homework,kerja pula sibuk dengan ragam pelbagai manusia.Haih~Sedar tak sedar hampir sebulan saya bekerja sbg assistant pharmacy.Kejap je kan? Then,tunggu hari nak dapat gaji.Kehkeh.

Esok dah start kerja balik sebab tadi dah cuti.Cuti kerja lain pula.Cuma dalam seminggu hanya 1 kali je cuti compare dgn sekolah.Itupun tak cukup.Actually tak sabar nak dapat first gaji ni.Hihi.Tapi kan,lepas fikir-fikir balik,duit tu nanti kejap je habis.Tak sampai dua hari.Percayalah.Tolak duit bagi ibu,tolak duit naik transport,nak simpan lagi dalam bank,tolak duit nak beli itu ini,gedak gedebuk,habis gitu je.Betul tak? Hehe.Sekejap jee...

Tadi kan saya cuti,sebelum cuti bos ada bagi surat yang menyatakan saya perlu buka account KWSP dan Public Bank.Then tadi,satu hari saya pergi jalan dekat bandar.Haha.Lepas rindu dah lama tak keluar.Sebenarnya buat KWSP tak lama sangatlah.Saya datang then ambil nombor lepas tuh tak sampai 5 minit,nombor saya kena panggil.Orang yg bertugas tu minta IC,cap jari semua,dah siap~Cepat dan ringkas.Yang lecehnya dekat bank lah.Adoii ramai gila tahu?? Berjam tunggu.

Dah settle urusan bank dan KWSP saya ajak ibu dan adik saya pusing satu bandar.Huhu.Padahal gaji belum dapat lagi.Tak beli pape pun.Just jalan-jalan je.Nak lepaskan tekanan di tempat kerja.Cehh,nampak ada kepoyoan disitu yee,cik izzati? Heheh..
Itu jela nak story pada entri kali ni.Actually tak idea nak tulis apa.Dah tak ada idea,tulis pakai bantai jela.Haha.Harap ada yg sudi baca diari online aku ni.Saya out dulu.Assalammualaikum ^_^
p/s:  Bekerja takkan terpisah dengan penat
Penat takkan terpisah dengan mengeluh
Mengeluh takkan terpisah dengan perempuan
Perempuan takkan terpisah dengan shopping!! *memandai je aku ni*.
Dan...
Manusia dengan Allah takkan terpisah*sudah pasti!*...
Selamanya....hehe

Hari yang paling happy !

Hari ni eksited gila nak tulis entri baru.Yeah.Tak nak meleweh,jom straight to the point..


Semalam,time saya nak balik kerja,bos ada cakap dekat saya,esoknya ada meeting.Dah 2 minggu kerja,itulah first meeting yg saya attend.Sangat best.Hehe.Boss banyak cakap boleh.Serius,time tuh,saya jee yg jadi bahan lawak.Senior asyik kenakan saya setiap masa.Mostly,memang banyak ketawa dr discuss.Dahlah saya ketawa,mata saya berair.Modal senior untuk kenakan saya lagi.kehkeh.Dalam meeting tuh,tak banyak yg saya faham.Semuanya pasal marketing,sistem and segala bagai.Yelaa,new staff lah katakan.Yang saya tahu,boss asyik tanya "Izzati,ada apa-apa suggestion yg boleh awk keluarkan utk improvement farmasi ni?Saya cakaplah tak ada.Lagipun manalah saya tahu sgt pasal selok-belok perniagaan ni.Karang,saya keluarkan idea merepek saya,habis dibalunnya.haha.


Lepas tu kan, habis jee meeting,bos belanja saya,senior and kwn saya makan.Hanya 4 org sahaja termasuk bos.Jeles tak? huhu.Boss juga ada belikan roti canai utk staff yg lain yg tengah kerja shift pagi.Truly,time sampai dkt tempat makan,semua org tgk kami berempat.Sebab apa? Yelaa,boss saya kan Cina,yg pekerja semuanya Melayu,memang patutlah dihairankan.Betul tak?.Dahlah time tuh,tak pakai t-shirt farmasi.Pakai baju biasa  Ntah apa yg dicanang dgn diorg dkt gerai tuh pun tak tahu.Dekat sana boss belanja makan roti canai.Oklah tu kan? Time tu,awal lagi.baru pukul 9.30.Standard leteww.Yang syoknya,saya dapat naik kereta honda dia.Besar gedabak boleh tak? Jakunnnn...


Thens,lepas makan,bos siapa hantar saya balik.Masyukk der.Memang untung siapa yg dapat bos yg sebaik mcm ni.Kiranya saya bernasib baik lah ni.Ye dak? Haha.Yang paling penting boss puji yang saya ni banyak peningkatan dr segi kerja dr fisrt week until minggu kedua.Banyak sangattt.Bangga siot,bos puji aku.kehkeh..


Then dalam meeting tuh,ada juga bos cerita pasal pergi melancong.Tak tahu lah betul ke tak.Tapi rasanya ya kot.Melancong pergi Phuket,Thailand pada bulan 4 nanti.Wahh,bestnya.Minta-minta time tu saya still ada.Nak merasa juga pergi luar negara before futher study nanti.Yahuu!!!


 Itujela nk story.Sebenarnya banyak lagi point yg saya tak dapat masukkan.Sebab nanti tak cukup ruang.Panjang berjela tahu tak.Main point dekat sini,saya just nk cakap,boss saya memang baik.Dia nak,semua staff dkt situ kerja dgn happy,dan kerja sbg satu family.Yeah! Insyallah,saya cuba yg terbaik dlm melakukan kerja dan tampil  lebih berkeyakinan dan energetic sepertimana senior dan boss harapkan.

New theme

Hi.Baru ada masa nak update blog.Actually dah berapa hari saya tinggalkan blog,fb,twitter dll.Rasa rindu juga.Tapi nak buat macam mana,kerja punya pasal,apa pun tak boleh.Entri kali ni,saya cuma nak cakap and nak bagitahu dekat korg semua*bajet hotstuff* yg saya dah tukar skin blog saya.Yeah,akhirnya dapat juga edit hasil titik peluh sendiri and hasilnya memang marvellous! hehe.

Still mengekalkan warna purple sbg warna tema,dan pink sbg warna pembantu*hancuss tatabahasa aku*haha.Nak edit cantik-cantik,tak sekreatif bloggers lain,kan? Tapikan,tapikan,,dalam banyak theme yg saya dah edit sebelum ni,bagi saya,theme kali ni lebih nampak cool! yeah! You know what is the mean by cool??*Oh my english!* Cool tu maknayer lebih nampak cool lah.Haish,susah pula eden nak definasikannya.Korg refer kamus jela.hoho.Oklah,setakat tu jee nak story.Nnati pnjg umur,saya update new entri lagi yee? lnsyallah..
p/s: Tak sabar tunggu hujung bulan.Nak dapat gaji woo~haha.Nanti boleh open table.kehkeh..Papepun wish all the best for me because boss hanya bagi tempoh 2 minggu percubaan sebagai staff baru.Kalau dia puas hati,go on.Kalau tak,say bye-bye jela.hehe.Minta-minta kekal lah kerja dkt farmasi tuh.Tak nak cari kerja lain dah.Penat doh~hehe.Wassalam.

Selamanya Harimau Malaya..

Tak nak membebel panjang sebab esok saya kena kerja.So nak pendekkan cerita saya just nak cakap GOOD LUCK TO HARIMAU MALAYA untuk perlawanan menentang Thailand pada esok hari di Stadium Nasinal Bukit Jalil.Buat yang terbaik.Sesiapa pun pemain yang diturunkan,make sure perform yang the best,ok? Pada pandangan saya,perlawanan esok maybe Malaysia 2-0 Thailand.Insyallah~Pastikan sejarah berulang kembali.Menang kalah adat pertandingan,yang penting kami sebagai penyokong mahukan permainan yang mantap dari team HM.

Kalau boleh pastikan team HM dapat ke final.Pegang takhta Juara Bertahan itu.Berjuang sampai ke titisan peluh yg terakhir.Akhir sekali,saya penyokong tegar HM! hehe.
Hurm~itu je la kot nak cakap.Rasa tak ada pape lagi.Ok lah,jumpa lagi di entri yang baru.Bye~

P/s: Baru nak tgk game Malaysia lwn Thailand esok.Tapi nasib tak menyebelahi sebab esok kerja kena shift petang balik malam.But never mind.Banyak medium yg boleh saya tgk balik perlawanan tersebut.Mudah-mudahan HM berjaya dgn jayanya :) Selamanya Harimau Malaya.

Kerja sambilan

Tadi petang baru lepas pergi temu duga kerja.Nak cari duit,nak kumpul sikit2 sebelum futher study dkt mana-mana.Nk cari experience lah org kata.Dah habis SPM,tak kan lah nk goyang kaki dkt rumah jee.Mahu diperhambat penyapu dgn ibu saya.wakaka.Actually saya dtg time boss tak ada.SO,kena isi form dulu.Then petangnya baru panggil interview.Bossnya sangatlah baik,ceria and mudah ketawa.Jantina lelaki dan berbangsa cina.*pergh,ayat tak macam skema gila babun*.

Dia cakap lah,kenapa nak kerja farmasi ni,then saya cakap PLKN tak mahu amik saya maa,jadi saya mahu kerja laa.Nak cari duit,mahu tolong itu mak saya.Boss tu cakap,ouh good2.Dia tanya lagi,pada pendapat youlah,farmasi ni kerja dia buat apa sahaja?Saya cakaplah,ini farmasi jual ubat-ubat lah.Boss reply:Aiyoo,you jgn pikir berat-berat maa.Pikir yg simple2.Macam...Dahlah time tu saya tak tahu nk pikir apa.Sbb dlm kepala otak saya,saya set yg farmasi ni jual ubat je.haha.Lepas dah tak tahu nk ckp apa,dia bagitahulah yg kerja farmasi ni,kalau org dtg,say hello,hi and cakap mahu apa?beli apa? Simple right? Itu basic bg budak baru mcm you.Then saya pun reply,ohhhh.Nak ringkaskannya dia cakap saya boleh mula bulan 12 ni.1/12/2012 start kerja.Time tu rasa happy gila.Mana taknya,gaji pun cukup cun.For budak2 yg baru nk merasa pegang duit like me,jumlah gaji yg ditawarkan sbnyk ....... tersangatlah banyak.hihi.

Then dia tanya lagi,lepas ambil itu result SPM,apa plan you hah? Saya cakap saya nak sambung belajar dekat U amik diploma.Lepas tuh dia tanya,you sanggup kerja overtime tak? Dengan secepatnya saya angguk kepala and say,saya sanggup.haha.Ni farmasi,cuti dia tak tentu.You sanggup? Saya angguk buat kali kedua.huhu.Oklah,saya bagi you kerja as a assistant pharmacy.Time tu,dalam hati,syukur alhamdulillah.Papepun,doakan saya berjaya yee :)
P/S: Time dia suruh introduce yourself in English,menggelabah saya dibuatnya.Yelaa,mana ready seyh.Haha.Lepas tuh,dlm hati,aku nk ckp apa ni.Bantai jela.Broken pon broken laa.First time nk cakap,saya senyum2 pandang dkt boss.haha.Nak kumpul kekuatan dulu.AND mulalah cakap,my name is...bala..bla..bla..Rupanya inilah yg dinamakan temu duga.Baru saya tahu.hehe

Manakah yang terbaik? (Diploma @ Matrik @ STPM?)

Sejak dua menjak ni,fikiran asyik terbayang-bayang nak pilih course apa  untuk sambung belajar nanti. Even SPM belum habis lagi.Tinggal lagi dua paper sahaja iaitu Akaun dan Chemistry.Bebalik pada topik,saya plan,after SPM nak kerja dulu sebelum result keluar pada bulan 3 nanti.Disamping bekerja,saya plan juga nak ambil kelas Bahasa Inggeris.Nak belajar bahasa omputih lah kononya.haha.Ya! Itulah perancangan saya after SPM nanti.

Then bila result keluar,saya plan nak ambil terus diploma.Saya  nak ambil diploma sebab saya telah banyak membuat research tentang hala tuju after SPM.Ada yang mengatakan tempoh pengajiannya lebih lama berbanding matrik atau stpm.Itu saya tak kesah sangatlah.Panjang atau singkat tempohnya,saya tak ambil kira.Yang penting dimana pun kita belajar,diperingkat mana sekalipun,ilmu tetap perlu dicari dan ditambah.Persoalannya sekarang,kenapa saya ambil diploma?Mesti korang nak tahu kan? Meyh saya bagitahu..For your information,saya ni jenis org yang tak suka struggle,tak suka memaksa diri dgn something yang tak suka buat,tak suka cabaran,tak suka memeningkan kepala,tak suka tergopoh-gapah.Kalau tergopoh-gapah atau tergesa-gesa,nanti saya mudah jadi gelisah dan tak tentu arah.huhu dll.Itulah kelemahan saya.

Saya ni jenis orang yang suka relax,santai dan cool.So saya fikir,antara matrik,diploma dan stpm,maybe diploma adalah yg terbaik berdasarkan kriteria diri yg ada pada saya.Orang kata juga students yg ambil diploma ni lebih banyak main-main.Tapi,itu semua depands pada individu itu sendiri.Kalau ambil diploma,kita boleh perbaiki prestasi pengajian kita dari semasa ke semasa.Org kata,peluang nak baiki diri itu still ada lah.Compare dgn matrik dan stpm? Pikirlah sendiri...

Persoalan yg seterusnya ialah,course apa yang saya nak ambil nanti diperingkat diploma?
Dalam kepala hotak saya sekarang,saya plan nak ambil:
  • Diploma seni kulinari
  • Diploma pengurusan hotel dan perlancongan
  • Diploma hospitaliti dan perlancongan
  • Diploma pengurusan perniaagaan/ Diploma pentadbiran perniagaan

Setakat itulah plan saya.Saya tahu kemampuan saya stakat mana,and sejauh mana.Saya ada minat nak ambil course tersebut.In Shaa Allah,kalau diberi peluang ambil course tersebut,saya akan tanam kesungguhan nak belajar betul2 pula.Saya jenis org yg tak suka dgn subjek yang ada kira-kira.Saya jenis orang yang lebih suka kepada fakta dan penulisan(mengingat dan menulis).So daripada saya ambil perakaunan yang sejak dari dulu saya tak minat,nak buat apa? Menyusahkan diri jee.Entahlah.Itu adalah perancangan sahaja.Tapi itu semua bergantung pada result SPM nanti.Klau ada rezeki sambung study,In shaa Allah..

Apa-apapun doakan yang terbaik buat saya yee :)

P/S: Ada cadangan,nak bagi komen atau pendapat? Silakan.Saya amat mengalu-alukannya :)

Tersangatlah syok bila dapat hadiah....

Akhirnya,SPM bakal meninggalkan saya.Yess! Lagi 2 paper je iaitu Chemistry and Akaun.Menanti dengan penuh kesabaran.hehe.Saya free hingga Isnin ni (26/11/2012).Hope,2 kertas terakhir ni,i will do the best.|
In Shaa Allah :) Actually taknak cerita pasal paper2 sebelum nih,lantaklah dia.Buat sakit hati jee semak.Grr~Janji saya dah buat sehabis baik.Hanya tawakal jela.

Main point sekarang ni saya nak cerita pasal Giveaway,Contest and Segmen para bloggers.Setakat ini saya dah join 12 Giveaway/Segmen and alhamdulillah saya menang hadiah separuh drpd Giveaway/Contest yang saya join.Hadiah pertama yang saya menang (still ingat) sampai sekarang ialah hadiah dari Giveaway(GA) Nisa Kay.Menang hadiah manufacture tools( saya rasa ejaan manufacture to typo lah,huhu).Mula2 memang tak percaya tau dapat hadiah.Yelaa,ramai org cakap,internet2 ni semuanya menipu lebih.My mom also says like that.Tapi saya yakinkan yang hadiah (manufacture tools) tu mmg saya dapat walaupun diri sndr tak 100% percaya.

Then bila post laju dtg dekat rumah,tanya almat betul ke tidak,suruh sign segala bagai lepas tuh tunjuk hadiah barulah percaya.Ibu saya pun tak sangka.Ingatkan menipu.haha.So dari situ,ibu saya percaya dan start lah hobby baru saya men"join"kan diri dengan pelbagai GA/Contest yg diadakan.Kalau org yg tak ada blog,maybe diorg ckp,menipu.Nak tunjuk bukti,ada tu ada.Tapi malas lah nk upload gmbr.Line dahlah lembab mcm siput gong-gong.ngehngeh.Tapi,trust me,aktivi berblogging ni antara aktiviti yg menyeronokkan.Kadang2 boleh jadi femes mcm Lyssa Faizureen and Ben Ashaari.Tapi tujuan saya blogging ni tak adalah nk jadi femes.Just suka-suka jee

Antara hadiah yang saya dapat sepanjang ber"GA" dan ber"Contest" ni ialah Topup RM10,Teddy bear,Shawl/pashmina,Tudung Bawal,Purse/contact lense,Novel,dan buku nota hanmade.

Hadiah tu tak lah awesome mana pun.Tapi at least dapatlah juga,kan? Tapi ingat,tak semua GA atau Contest yg kita masuk,ada luck tau! So jgn berharap sgt.Ada rezeki tu adalah.Lagipun owner yg menganjurkan GA /Contest tu baik2 belaka plus para sonsor.Tapi adakalanya rasa annoying juga,kalau dh menang tapi hadiah still tak dihantar lagi.Sabar jela~huhu
p/s: Dua hari lepas saya ada dapat call dari nombor yg tak dikenali.Saya telefonlah balik nombor.Sekali caller ringtonenya lagu keling.Terkejut beruk saya.Lepas tu saya tanya siapa,nak apa.Then dia cakap lah,ini ada "barang" yang mahu send dekat awak.Saya cakaplah "barang" apa? Dia cakap,itu "barang" tak boleh bukak.Dalam otak saya,dh pikir mcm2."Barang" apa pula lah ni.Lepas tu dia sebut alamat saya.Lagi kecut perut.Dah lah tahu nombor telefon.Alamat rumah lagi.Parah ni.Ntah2 keling ni main ckp je lepas tu nak samun rumah aku.Dia tambah lagi,"barang" tu dia akan hantar by hand dan terus kerumah pada esoknya.Seharian saya fikir.Pebendalah "barang" tu..Korang nak tahu apa? Rupanya hadiah GA yang saya menang disend menggunakan KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).Belum pernah dalam sejarah saya punya hadiah send melalui KTMB.Inilah first time.Selalu send guna post laju.Papepon thnks kepada sponsor itu yg sudah hntr hadiah saya,even lambat.Dekat Arau,Perlis tu dia duduk.Tersangatlah jauh dr Perlis to Jb
Oklah tu jee nk story untuk entri kali ni.Dalam sibuk kita dengan aktiviti seharian jgn lupa #PrayforGaza oke? In Shaa Allah....

Selamat Menyambut Awal Muharram

Assalammualaikum semua.Saya harap korang sihat walafiat laa yee :).Sebelum saya terlupa saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam dimana sahaja.Saya rasa belum terlambat lagi kot nak ucapkannya.Semalam saya telah dipilih menjadi tetamu Allah untuk menghadiri program Maal Hijrah yang dibuat oleh pihak masjid ditempat saya.Alhamdulillah kerana Allah telah memberi kesempatan masa dan peluang untuk saya menghadirinya.Disana saya sempat bersolat jemaah dan membaca yassin serta doa akhir tahun dan awal tahun.Syukur~  

Sebelum solat Isyak,ada tazkirah.Tazkirah itu mengenai kesengsaraan penduduk2 GAZA yang sedang ditindas oleh yahudi laknatullah.Betapa susahnya untuk mereka menjalani  kehidupan seperti kita.Apa usaha kita untuk membantu? Usaha kita ialah kita disini hanya mampu menderma  apa yang terdaya dan  mendoakan kesejahteraan sahaja sebagai pengiring untuk mereka.

Awal tahun Islam ini iaitu Muharram,saya telah mempebaharui azam saya.Azam saya apa? Biarlah rahsia.hehe~Yang penting adalah niat dan kesungguhan untuk mencapai azam yang telah dibuat.Semoga Allah mempermudahkannya.Amin~ Lastly,Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H untuk semua.Semoga Allah memberi kita kesihatan,dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita.Insyallah~
P/s: tadi saya tengok drama CINTA HALAL TV3 pukul 4 petang.Best + sweet + happening + funny seyh cerita tuh.Memang rugi siapa yang tak tengok.hehe.Lakonan yang mantap dari Fahrin Ahmad dan Nur Fathia.Love both of them.Time tengok citer tuh,dalam hati cakap alangkah bestnya kalau dapat lelaki aka bakal suami yang tough,hensem lagi bergaya! Kalau tough senang nak peluk.Hensem lagi bergaya itu kira bonus lah.kehkeh.
Apa yang aku merepek nih ! Pengaruh novel dan tv ni banyak sangat lahh~Aiyoyo,APTB.Mampus kalau mak @ member aku baca nih! Siapalah kena kutuk nanti.Tapi...peduli hapee aku.hihi..
Hei,Atin,fokus dulu SPM laa! SPM belum habess ni! Berangan je lebih!!

Pink Theme

Hi,selamat pagi korang.Hari ni saya rasa free sangat so dari membuang masa tak buat apa-apa baik saya tulis entri baru,walaupun Spm belum habes dan study pun tak lagi ni!Wahaha...
Untuk entri  kali ni,saya just nak beritahu saja,yang blog saya telah bertukar wajah.Totally semuanya pink.Actually saya ni bukanlah peminat tegar pink juga tak terlalu obses,just biasa-biasa je.Kegilaan saya hanyalah pada warna Purple sahaja.Tapi entahlah,saya rasa blogger perempuan ni amat sinonim dengan warna pink.Fakta oke?Mana-mana saya pergi BW blog perempuan mesti warna pink.Tapi adalah 5% yang pakai warna selain pink.So saya decide pakai jela theme pink.Tak salahkan?Dapat tak point saya disitu? 

Nak describe one by one mengenai blog ini mmg complicated,tapi biarlah saya cakap yang keseluruhan blog ini adalah saya edit menggunakan hasil usaha saya sendiri.So kepuasan yang saya dapat memang tak ternilai rasanya.Saya hanya menggunakan simple template sahaja.Header pula,saya pakai non-transparent.Sebab apa saya pakai non-transparent,sebabnya ialah saya rasa mcm dah bosanlah pakai header transparent ni.So saya buat laa kelainan sikit dekat blog saya nih.hehe.Header saya buat sesimple habess.Oklah itu je nak story untuk entri kali ni.Semoga kita berjumpa di next entri,ok?
P/s: Nak letak lagu ke tak eh? Apa pendapat korang?Mana lagi better? Kalau nak letak,nak letak lagu apa? Malay,English,Korean,etc? Dan apa yang perlu saya tambah untuk menjadikan blog saya lebih menarik?
Need yours comment !

Ohh My Maths

Tadi exam math.Exam yang ke-4 buat first week SPM.Then rehat seminggu sebab cuti Deepavali.And naik seminggu tu baru exam lagi 5 subjek iaitu Agama Islam,Addmaths,Pyhsics,Chemistry and Akaun.Semuanya killer subject except Agama.Huhu.Cuti ni nak rehat jap.Nak release tension.Tapi tak laa lama sangat.Sehari dua jee.Banyak preparation yang nak buat sebelum jawab paper killer tuh.Yelaa,budak yang tak seberapa nak cerdik ni,memang laa kena buat banyak kerja.Betul tak?
Back to topic....
 Serius time jawab paper math tu best gila.haha.Tapi time jawab paper 2 jela.Solan dia memang senang tahap gaban lah.Alhamdulillah dapat jawab dengan baik dan sempurna.Tapi takut juga kalau tak dapat markah yg diharapkan for paper 2.Kadang-kadang soalan senangg pun banyak careless nya juga.Betul tak? But it's ok,semuanya saya dah buat dengan terbaik dan saya serahkan kepada-Nya.Macam mana pun result saya terima.Tapi saya tak puas hati dengan paper 1.Serius susah tahap cipan.Wahaha.Tapi adatlah kan.If paper 1 susah,paper 2 senang dan sebaliknya.Ye dak? Tadi time check jawapan math paper 1(dpt skema dari friends yang sama batch dalam satu group ni) memang cuak gilee.Takut dapat markah teruk sebab banyak soalan main tembak jee.Yelaa otak saya ni bukanlah otak yang suka kira-kira.Tulah kelemahan saya.Nak dijadikan cerita,naseb mmg saya tak sebelahi saya.Paper 1 dapat markah terukk gila.Nak menangis tau time tengok markah paper1 __/40 tuh! So saya harapkan paper 2 dapat markah the best yang tak pernah saya impikan.Whoho.Insyallah,amin~~

P/s: Orang kata let bygones be bygones.But not for me.Dahlah paper sejarah hancuss.Maths pun sama.Tadi my heart memberontak sebab nak check jawapan for paper 1 maths.And hasilnya,saya juga yang kecewa.Hurm.Say padan muka to saya ! Sejarah tak nak check sebab paper tu dah hantar dekat cikgu.Tak nak ingat pape lagi sebab mmg soalan dia betul2 memerangkap saya.Solan no 1 pun saya tak ingat dia soal apa.Haha..Minta-minta gred sejarah turun.Dahlah soalan KBKK tak banyak Yeye cikgu cakap tahun ni markah KBKK naik 70++%.Dan lagi satu maybe buat pertama kalinya SPM tahun ni,banyak sangat yang buat pembetulan.Haishh~

M E N Y E S A L..

Alhamdulillah,satu paper tadi dah habis jawab dengan jayanya iaitu paper BM.For me,paper BM tadi tak adalah susah sangat.Tapi saya tak mengharapkan dapat perfect score.I means,A+.Tapi still mengharapkan sinar A.Tak kiralah A or A-.Nak juga A.haha.Amboii,mcm tamaklah pulokk.Tapi itu semua kuasa ALLAH.Dia yang menetukan segala-galanya.Semoga dilembutkan hati pemeriksa itu untuk menanda kertas saya.Amin~~

Point yang penting sekarang ni saya nak cakap yang saya menyesal sebab SAYA TAK BACA SOALAN UNTUK BAHAGIAN TATABAHASA YANG SURUH BINA AYAT TU!!! Soalan tulis,boleh letak imbuhan.Tapi saya tak letak! Yelah,kalau ikut logik kebiasaanya mana ada suruh letak imbuhan,peribahasa or anything.Sebab tu saya tak heran sangat nak baca soalan.Yelaa,org ego.kan?Wuarghh!!! Nak menangiss laa rasanya.6 markah lesap begitu sahaja.hurmm~Menyesal sebab tak baca soalan.Betul kata org,menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada berguna.Saya berharap sangat ada juga lah markah yang sangkut dekat part tuh.Oklah nk story tu jee.Lepas ni nak study BI pulokk.
Remember,study smart not study hard,oke?
 P/s:
  • Bacalah soalan terlebih dahulu sebelum menjawab yee,kawan-kawanku.
  • Orang kata juga,yang lepas,lepaslah.Usah dikenang.Nanti merana jiwa.Betul tak?
  • BM KERTAS 1 bhgn B esei 350 setengah memang saya prefer habis-habisan,empat muka surat.Bersungguh-sungguh gila buat.Tahu tak?Hoho.Adalah dalam 700++ patah perkataan.hee~Minta ada rezeki lebih dkt situ :) Orang kata,all out semua lah.Nak tulis banyak-banyak nnt pening plak penanda tu tanda n acctually tak cukup masa..hehe.
  • Pesal tahun ni peribahasa suruh tulis maksud.Adoyaii.Unpredictable :( 

Never Giveup!

Dah masuk minggu ke-3 hujan tak berhenti-henti turun.Siang malam,pasti hujan.For sure,hujan suatu rahmat.Lumrah manusia bila panas,nak hujan,bila hujan nk panas.Betul tak?
Point sekarang ni,saya tak nak cerita pasal hujan.Nanti cerita satu page pun tak cukup.Sekarang ni saya nak cerita perihal SPM yg tak sampai seminggu lebih je lagi nak datang.Hoho.Sangat menakutkan okeyh!

So far persediaan 50/50.Tak banyak persediaan yang saya lakukan untuk SPM.Yess,saya confess,untuk SPM ni,saya buat preparation "ala-kadar" sahaja.Tak banyak saya lakukan untuk SPM.Maybe bagi certain2 pelajar time ni laa,diaorang sibuk mengerah keringat untuk study betul2.But,for me..NO! Why? Sebabnya ialah saya tak nak menyerabutkan kepala otak saya dengan  topik-topik yang belum saya study lagi.Nanti bila nampak orang baca ni,kita sibuk nak baca juga.Toleh orang sebelah pula,eh topik lain,kita pon nak join sekaki.Lepas tuh tengok orang depan plak,alamak topik ni aku belum baca,mampuss! Tengok kanan,alamak topik ni aku belum baca lagi.Alamak,alamak,alamak......pengsan!!! haha.I don't want it happen to me.So,saya ambil pendekatan kembali kepada konsep study smart not studdy hard!

Yess,saya mengaku bahawa saya amat jelous dengan kawan saya.Why? Ialah diorang pandai.Cikgu selalu puji bila dapat highest mark dlm kelas.Siapa yang tak sakit hati? Betul tak? Asyik2 muka diaa jee.Mana boleh! Memang tak dinafikan,markah trial saya taklah sebaik mana.Ada juga yang FAIL.Tapi itu tak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang.Maybe bukan nasib saya untuk berjaya ketika itu.Saya reda.Mungkin ALLAH nak uji saya agar saya bersabar bahawa kejayaan itu pasti ada.Kita jee yang tak tahu bila ia akan datang.Sekarang yg penting,ialah just banyakkan buat latihan and hafal segala fakta2 yg berkaitan.Itu je yang mampu saya lakukan.Saya sudah berusaha.Selebihnya saya berserah dan bertawakal sahaja kepada ALLAH walaupun usaha saya tidak banyak manapun~
Pecayalah,walapun usaha yg kita buat selama ni,hanyalah "ala-kadar" tetapi bila ada keberkatan dalam hidup,insyallah ALLAH pasti tidak mensia-siakan kita.Malah dia pasti akan menolong kita waktu SPM nanti.Dan percayalah jika kita study macam nak gila,tetapi tiada keberkatan dalam hidup,tidak berguna juga.Wallahualam~
Wassalam~~ 

Mana satu nak pilih ni??

 Background 1
Background  2
Background 3
Background  4
 Background 5
Background 6

Background yang mana satu pada korang nampak simple but still nice?Senang cakap hati korang dah tertawan pada background  mana? Korang wajib pilih satu jee.Background ni even pada korg biasa2 je tapi for me NO! Sebabnya dengan hanya bermodalkan background sahaja,otak saya ni dah siap-sedia dengan segala idea utk menghasilkan suatu transformasi terhadap blog agar blog saya nampak lebih "remaja" dan fresh sikit*Macam yeye jee*.hehe..For ur info,saya akan edit blog ni sepenuhnya.Yess,sepenuhnya! Actually saya bosan dengan blog saya yang look selekeh ni! hehe.So please,just one vote from ur.Decide btol2 tau nak pilih mana. Dah pilih? Next step ialah korang kena komen di entri ni utk bagitahu background mana yang korg nak,ok? Background yg mendapat undian terbanyak,akan saya guna background tesebut sbg background rasmi blog saya.Undian drpd korg,amatlah saya hargai dan thnks a lot !

p/s: sebelum saya menjadi mangsa SPM_12 and sekarang ni tengah free sikitt,better saya edit blog saya sebelum blog ni berhabuk dan berlapukk agar korang taklah bosan sangat dengan template lama kerana sebulan lebih saya tak akan bukak blog saya lagii!!

Nak tukar ke tak nak?

Apa yang "Nak tukar ke nak tak?" tu?? Sebenarnya saya bercadang nak tukar blog saya yang bertemplatekan simple ni ke blogskin.Blogskin? Yess! Blogskin..Kenapa ada problems? haha
So korang ada cadangan atau objection? Saya ni bukanlah pakar sangat nak pakai blogskin.Setakat nak tukar kod warna html tu boleh lahh.Huhuu.Blogskin ni pada korang ok tak? Senang pakai tak? Ringan of course lah kan? Hurm,bagi saya blogskin ni lawa sangat2.Saya sebenarnya tak suka blogskin yang kelihatan biasa-biasa je.Korang faham kan means biasa-biasa tu? Alah yang selalu orang pakai tu.Yang dah selalu kita tengok.Itulah maksudnya.

Kalau boleh saya nak pilih blogskin yang kelihatan unik.Yang orang lain belum pernah pakai lagi.Kalau korang ada buat blogskin,beritahulah saya yee.Insyallah kalau ada yg berkenan saya akan pakai and i swear saya tak akan mengubah base codenya and i will credit too.Nak tengok hasil blogskin yg pernah saya buat untuk orang lain? Meyh TONYOH sini.Blogskin yang lawa tu,saya pakai dr owner blog awesome ni. 
Pergilah terjah ke blogskin dia.Sure,da boom!! Cantik sangat2.Dan jangan lupa tengok skin yang telah dia buat.Saya pasti korang akan rambang mata nak pilih mana yg mana satu.hehe..So,komen atau pandangan yang membina dari korang amatlah diperlukan untuk entri kali ni tentang blogskin,yee? tqvm..

P/s: Menghitung 36 hari menjelangnya SPM_12.Wish me luck,friends!

DRAMA ADAM & HAWA FULL ( DAILY UPDATE )

Korang terlepas,tidak sempat,atau tak tahu untuk menonton drama bersiri ADAM & HAWA?
Sekarang ni,korang tidak perlu risau kerana,dengan adanya teknologi canggih,kita boleh menyaksikkan
drama ini secara online.Tidak perlu mendaftar masuk seperti di TONTON.Orang kata,free of charge laa.
Hanya menunggu beberapa saat,korang dah boleh tengok.
(Perggh,ayat tak boleh go!! Skema gilee derr,huhu)

Actually saya tak tahu yang drama ADAM & HAWA diadaptasikan dari novel karangan Aisya Sofea.
Saya dah beli novel tersebut and saya dah baca overall novel ni.Memang best.Siapa yang belum beli and baca lagi,memang rugi.Novel ni sebenarnya ada dua versi,satu yang original and lagi satu novel yang telah di dramakan.Nasihat saya beli laa yang original,yee! Like this:
(original)
(novel yang telah di dramakan)

Kalau novel yang kedua ni (yang telah di dramakan),saya tak tahu sangat sinopsisnya.
Maybe sinopsisnya sama dengan novel yang original.Cover je yang bertukar.Agaknyer laa kott.
Saya dapat tahu juga,drama ni sedang ditayangkan dekat Astro Mustika,kan? Kawan yang cakap.
Kalau nak tgk pun,rumah saya tak de Astro.
Jadi saya tak berpeluang nak menontonnya.So sbg jalan nk overcome,saya tonton drama ni dekat internet.Yelaa,dah puas baca yang bertulis pnyer,nk juga tgk drama nya pula betol tak? Hehehe..
Nak tonton??
Jom ke sini-->  http://www.mymedia.my/drama-adam-hawa-full/
p/s: Aaron jadi hero??
# Nak suka ke,nk terloncat ke,nk gembira ke,atau biasa-biasa je?
Terpulang pada diri masing2.hehe.Saya? Biasa-biasa jee..

Orian Giveaway

# STICKY POST HINGGA ORIAN GIVEAWAY INI TAMAT
pada 19 Sept 2012
(Kalau nak join,just tekan salah satu  banner dekat atas tu yee :))

Hari ni Zatie mahu join satu GA tersangatlah masyukk pada abad ni.haha
Sebab apa Zatie cakap masyukk kerana hadiah yang ditawarkan mmg superb !!
Antara hadiah utama yang ditawarkan ialah
(Fixie,Iphone dan juga Ipad!!)
Memang masyuk gila lahh..

So korang nak tahu tak Zatie pilih apa??
Zatie pilih I P H O N E

Oklah,korang mesti nak tahu SEBAB mengapa Zatie pilih Iphone,kan?
Zatie pilih I P H O N E sebab.....
Dah tahu sebab-sebabnya kan?
Sekarangg ni Zatie nak bagi pantun dua kerat pula kepda owner GA dan juga kepada reader's Zatie  sekalian:)
Pagi-pagi main soduku
Iphone idamanku
Tali pinggang itu belt
Iphone memang best
Adik makan asam
Iphone memang awesome
Makan mee pakai garfu
Iphone pengganti Nokia x2 
Pergi laut cari pun-pun
Minta-mintalah dapat Iphone 
SPM belum pass,
Iphone jatuh ke tangan orang lain,haii melepasss!!
Go far far away
Asykin Azahar buat Orian Giveaway
Ipad,fixie ,Iphone hadiah utama GA
Sampai rambang mata mahu pilih yang mana
 Eat past tense nyer ate
19 Sept expired date
Pergi klinik check gigi
Siapa tak join,rugi !!!
P/S:
Zatie nak sangat Iphone tuu.Tak kiralah Iphone 3 ke ,4s ke gedebak gedebuk ke.
Zatie tak kira.Yang penting nak juga.Kalau Zatie dapat Iphone ni,Zatie janji akan jaga baik-baik.Tak nak bagi sesiapa pinjam.Iphone ini akan menjadi momen indah bagi Zatie sepanjang Zatie berblogging.Biar my mom terbeliak biji mata sebab Zatie menang Iphone dan biar my mom tahu berblogging ni ada juga faedahnya.
Hurm itu je laa persembahan entri Zatie untuk Orian Giveaway ini.
Nak buat kreatif-kreatif tak laa pandaii sangat.
Ini jee yang mampu Zatie buat.
Semoga segala usaha Zatie yang telah Zatie buat ada hasilnya.
Doakan kemenangan Zatie yee :)



Bye friends and Wassalam..

Trial SPM oh trial SPM~

Peperiksaan percubaan SPM still lagi berjalan.Sudah masuk hari ke-3 pun.Sedar tak sedar,cepat jee masa berlalu.So far,alhamdulillah soalan semuanya boleh saya jawab dengan tenang.Tak ada tinggal kosong pon.Hehehe~

Paper yang seterusnya selepas ini ialah paper Maths and Sejarah.Paper Math pada hari Jumaat (7/9/2012) 
paper Sejarah pula,next week hari Isnin (10/9/2012).So saya nak pergi study dulu dua-dua subjek ni.
Terutamanya Sejarah!! Nak tahu sebabnya kenapa saya beria mahu study Sejarah??? 
Sebabnya ialah......
Cikgu Sejarah cakap,siapa yang dapat A+ means 90 keatas untuk paper Sejarah,student yang bertuah itu akan mendapat RM 50!! Cayalahh ! (RM50 beb!! Siapa nak bagi free jee macam tu,ye dak??)
 Jadi  nak dapatkan duit ituu saya kena study hard~kehkeh..Yess,mesti study hard betul2 !!
(Hurm,,niat dah salah tuu,jangan tiru macam saya yee.Study hard just nak dapatkan duit RM50.Tapi apa salahnya sekali sekala,bagi hadiah dekat diri kita sendiri after penat study.Rasa usaha tu terbayar.Betul tak?)

Oklah itu jee entri untuk kali ni.
Next time if dah habis exam or free,saya akan update entri yg baruu.
See you soon,friends! And don't forget,wish my luck in trial SPM.
Insyallah
Wassalam~
p/s: Aku still menunggu dia~Tapi ternyata aku berharap pada yg tidak sudi :(

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah akhirnya segala persiapan sudah pun siap..Semuanya dah settle tinggal certain2 benda yang nak ditouch up lagi.hehe.So far so good.Korang punya persiapan macam mana? Ok?? Insyallah.
So,dah alang-alang bercerita ni kan,moh laa saya cerita sikit raya saya pada tahun ni.

Let's start.
Tahun ni saya tak balik kampung.Kampung saya dekat Medoi,Segamat.Just beraya dekat Johor jee.Sesiapa yang on the way balik kampung,drive elok-elok ok.Ingatlah orang yang tersayang yee.Baju raya saya pada tahun ni warna turqouise and maroon.Siapa yang sama warna dengan saya,hand's up! Yeh,we're friends.Tahun ni raya ala-kadar jee.Tak banyak shopping.Sebab tahun ni saya ada exam besar iaitu SPM.

Dededikasikan khas kepada semua calon-calon SPM_12.Korang!! Raya,raya jugak,exam dah nak dekat.Jangan lupa study.Apa kata orang,study biar lepak,result biar gempak.Tak gitu??haha.Biar result batch 1995 adalah yang terbaik compare dengan batch yang lain.Aminn~
Dikesempatan ni,saya NurFatin Izzati Binti Zul Kefli ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada para blogger2 sekalian.If ada tersalah cakap atau tersalah bicara,tersinggung hati sepanjang saya berblogging ni harap dimaafkan dari hujung rambut hingga lah ke hujung kaki..Even kita tak kenal each other,but kita still sama kan?Sama agama,sama budaya,sama negara,sama bangsa,sama kaum,sama...*banyak lagilah sama.hehe.Happy Eid daripada saya.Bergembiralah atas kemenangan kita semua
p/s: Nanti saya update gambar raya saya dan keluarga okeyh khas utk readers saya.Promise.Sesiapa yang nak beraya,boleh je.Nak datang rumah?Meyh laa saya bagi duit raya,rumah saya dekat Taman Bukit Kempas,Johor Bahru.Tak tahu?Google jee.Ada bran ke nk datang.Cabar ni.*ajak hangat-hangat tahi ayam sebenarnya.hehe
wassalam~

Undang-undang baru.Relevankah?



Di dedikasikan kepada semua student's batch 1996 dan keatas.

Korang dah nampak kan undang-undang baru yang telah ditetapkan?
Saya boleh menyifatkan undang-undang baru ni boleh dikatakan agak fleksibel.
For me,memang ok.Ok sangattt.
Tapi nampak disitu ada yang tak perlu dan perlu.

Sebagai contoh,no 5 tuh.
Telefon boleh bawak ke sekolah??
Macam tak sesuai laa.Itu bagi saya lah.Tak tahulah pendapat korang macam mana.
Tapikann,budak2 yang duduk asrama,cikgu saya cakap diaorang dah applykan penggunaan telefon disekolah.Betul ke? Betul lah agaknya.Dah kata cikgu yang cakap.Mestilah dia tahu.hehe
Bagi saya,telefon yang nak dibawa mesti ada limitnya.Means,jenis2 telefon yang boleh dibawa kesekolah.Janganlah bawa yang ada kamera dan sebagainya.Just bawa yang simple mimple jee.Kalau bawa telefon sama function dengan Ipad,alamatnyee tak kemanalah bebudak nii.Main jee lebih.Belajar ntah kemana.Kalau bagi dengan budak yang padai arrange dia punya schedule,no problem.Kalau kene dengan budak mental sikit?Tak ke jahanam??hehe

Lagi satu saya nak ulas pasal PLKN.Wahh,untunglah siapa yang dapat pergi PLKN.Saya tak dapat.
Sad life :(
Sesiapa yang pernah pergi,mesti rindu kan dengan momen2 manis dekat sana?? kannn? Walaupun at first cakap,tak nak pergi sebab takut kulit hitam,takut tak de kawan.Takut....bla,,bla,,bla.Finally,see semua yang dah balik dari PLKN,teruja gilee nak pergi lagi.Betul tak? Bagi diaorang,tempoh 3 bulan tu tak cukup.So,disebabkan kerajaan telah mendengar suara hati rakyat yang bergelar pelajar,maka diumumkan undang-undang baru telah menetapkan bahawa tempoh PLKN pada tahun hadapan akan ditambah 3 bulan lagi,menjadikan total sebenar 6 bulan.WOW!  Fantasticc.hehe.Suka tak? Ofc sukaaa.Yeah! Kata besties saya,"Dah alang2 6 bulan,baik genapkan 1 tahun je.Lagi Mahsyukk!!
Tambahan: KESEMUA pelajar batch 96' telah diwajibkan  supaya pergi.Kalau tak pergi,kena saman!! Ayokk,lakleng mata juling,nanti mak bawa anak keling.kihkih.*ketawa jahat.So kalau tak nak kena saman,better pergi.Tak kira nak ke tak nak.Kalau pergi dapat elaun $$$ pee.

Hah,itu jelah kot saya nak ulas.Just 2 point je.Tak nak ulas panjang2.Salah info,saya juga yang kena.Saya rasa yang lagi 4 tu tak de pape kot.Korang boleh nilaikannya sendiri.Hurmm~itu je utk entri kali ni,wassalam.

p/s; Fuhh nasib baik selamat lahir pada tahun 1995.Kalau tak nayee je.hehe.
Ambil lesen kereta umur 21 tahun keatas? Aiyoyo,lama gilee seyh! *Ini tidak adil,tidak adil bagiku..
nyanyi act as Yuna.haha

Tabiat tidur lambatku kembali lagi !!!

Semenjak dua menjak ni tak tahu kenapa tabiat tidur lambat saya kembali lagi.Sebenarnya saya cuba elakkan.Tapi entahlah macam mana.Mungkin mata saya kebal kot.Saya cuba ikut nasihat doktor supaya tidur awal untuk mengelakkan keletihan pada keesokkan harinya.But saya degil.Tak dengar cakap.Even saya tak rasa letih.Tapi effect dia amat bahaya weyh! (Jangan tiru macam saya~)

Sebagai contoh,tahap kelupaan saya semakin tegar.Kalau dulu tak lah parah sangat.Sekarang,tak boleh nak cakap apa.Walaupun baru jee ingat nak cakap apa,then after a few minutes,semuanya jadi blank.Aiyoyo!
Korang mesti nak tahu apa yang saya buat tengah-tengah malam sampai susah nak tidur.Betul tak.Okeylah,saya bagitahu.First of all,selalunya saya akan switch on kan PC saya dan terus melayari internet.tak sah kalau tak bukak even satu kali.then,Laman sesawang yang biasa saya buka of courselah FB.Then diikuti blog,and twitter.Kalau dekat
Facebook--) Biasanya saya just tengok status-status friend and subcribers saya(Sambil nyanyi lagu Aliff Aziz=jangan ganggu pacarku!) .Sebenarnya saya tak suka nak like status orang kecuali kalau memang saya suka and rasa macam nak like,saya like lahh.huhu.Lepas tuh if tak ada cerita sensasi dekat home,saya beralih pula ke group blogger.Nak blogwalking katakan.Kaedah BW di group2 blogger merupakan kaedah yang paling cepat dan berkesan.Follower & readers automatically up.
Blogger--) Saya ada dua blog untuk pengetahuan korang.Blog saya yang ini memang official punyalah.Lagi satu blog khas untuk sebarang GA @contest @ segmen.Kalau nak tengok blog saya yang tu,korang bolehlah pergi (SINI).Lepas tuh kan,saya suka main edit-edit blog sampai saya rasa puas hati.Selalunya berjam juga edit2 ni.hehe.Kalau saya edit blog,saya just guna 1 themes only.Kalau puple semuanya mesti purple.Tak boleh warna lain.Sebab saya ni jenis takut nak combine macam-macam colour.Saya tak macam awok2 semua :)
Twitter--) Saya suka twitter sebab orang boleh follow kita tanpa diapprove (saya tak protectkan twitter saya,bolehlahh~).haha.Tapi ada satu hal yang membuatkan saya tak suka twitter.hal tersebut ialah limit perkataan.Oh noo,very bengong.haha.Tak bestlah.Macam terganggu nk tulis.So,kita kenalah bijak untuk menulis sesuatu status.Bukan status di FB yang boleh sembarangan hentam sokmo nak tulis.Chiller~
Lepas dah off PC,if ada masa saya akan buat amalan-amalan sunat seperti solat sunat hajat,taubat dan lain-lain di kala semua orang tidur.huhu.Almaklumlah,dah nak SPM.And lastly bila dah habis buat solat2 sunat,barulah bukak buku sekolah.Sebabnya,waktu2 tengah malam ni adalah waktu aman saya nak baca buku.Kalau siang jangan haraplah~Just buat homework jee.Then,barulah tidur.(FACT## saya pernah tak tidur satu hari.Berjaga macam burung hantu.Betull~)

Oklah itu jee saya nak share dgn korang semua.Korang boleh lihat,betapa bosannya hidup saya.haha.Setiap hari begitulah rutin harian saya.Nak share life korang,silakan.Amat mengalu-alukanya!..Bye

Agenda Freemason Yang Tersembunyi Disebalik Olimpik 2012

Olimpik 2012,yeah! Banyak kontroversi yang berkaitan dengan Olimpik 2012 di London niyh.Tak sanggup nak baca apatah lagi menggambarkannya.So,sempena bulan Ramadhan yang mulia ni,mari kita ambil pendekatan untuk mengenali Yahudi Laknutullah secara mendalam.Ianya dijadikan sebagai pengetahuan sampingan untuk kita semua.Yang baik jadikan teladan.yang buruk jadikan sempadan.Ilmu Allah hendaklah kita berkongsi bersama-sama.Tiada istilah kedekut.More info jom kita terjah ke- 
Bahagian1:  http://www.fizgraphic.com/2012/07/sukan-olimpik-2012-agenda-freemason.html
Bahagian 2: http://www.fizgraphic.com/2012/08/kad-permainan-illuminati-kebetulan-atau.html
Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Dajjal dan sekutunya.Wallahualam~

M E R A H . J A M B U

Korang nak tahu tak yang saya sebenarnya boring.Boring? Sebab apa?
Jawapannya ialah saya boring dan rasa macam nak delete je blog ni.Pulak dah...
Tapi kenapa sampai nk kena delete? 

Oklah,straight to the point.Meyh saya bagitahu dekat korang semua.Sebenarnya tak adalah niat sampai nk delete blog kesayangan saya ni.Tak macam gila pula kan.Dah penat edit segala bagai terhadap blog ni,alih-alih nk buang je.Orang yang tak ada akal je buat.Betul tak? 

Fact## Saya sukakan pink tapi tak terlalu obses sangatlah.Cuma saya rasa agak boring kerana sudah hampir dua tahun blog saya bertemakan wana pink.Senang cakap,24 jam pink lah.Sampai tulisan pun nampak pink 
*menipu je lebih*..haha.Kalau saya BW pon,kebanyakkan blogger ladies-ladies pakai warna pink untuk blog mereka.Aiyoyo.But memang lah tak dinafikan dan saya tak pertikaikannya kerana 
Pink dengan Ladies memang tak boleh dipisahkan.Kata orang dimana ada pink,disitulah ada ladies.Agree?
Saya ada plan nak tukar warna tema blog saya ni.So,dalam perancangan awal ni,saya rasa saya nak guna warna turquoise lah.Agak-agak ok tak?  Please help me.Tolong komen bagitahu pendapat korang tau! Mungkin saya edit blog ni secara berperingkat-peringkat.Nak ubah keseluruhannya ke?Yup,memang saya plan nk tukar semuanya.Baik dari segi header,lagu mahupun warna tema blog saya.Tapi tengok dulu lah schedule saya.Maklumlah trial makin hampir.huhu. Mungkin saya edit blog ni secara berperingkat-peringkat.Tapi kalau boleh saya cuba elakkan warna yang terang gile.Habiss buta dan berpinar biji mata korang baca blog saya.hehe.

Jangan lupa komen tau !!.bye...

PLKN siri 10/2013 sudah keluar

Semalam syok jee buat entri pasal PLKN.Then tetibe hari ni pulak riuh-rendah cakap yang keputusan PLKN sudah keluar.haha.Lepas balik sekolah,sembahyang Zohor,mandi sume,terus buka PC.Just nak confirmkan je.Alih-alih bila buka FB,berduyun dekat home orang update pasal PLKN! Cayalah wokk! Time nak check keputusan sama ada dapat ke tak,macam nak menangis jee plus pengsan tau tak sebab line internet yang lembab gilee mengalahkan siput gong-gong.Lepas tu bila dah dapat bukak web rasmi PLKN dengan hati yang penuh berdebar dan eksited 
inilah hasilnya jeng,.jeng,,jenggg...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ohh noo~sangat MENGHAMPAKAN!!
Punyalah beria tunggu lama-lama duduk depan PC ni dan bila dah tahu keputusannya ternyata xseperti yang saya harapkan.

Ok fine.Siri kali ni saya tak dapatt.It's okay.Tapi tengoklah kalau siri 11 saya tak dapat saya buat laporan polis!!(haha,jahat tak?).Sedihnya hati bila tak dapattt.Saya mengharapp gilee nak pergi sebab nak ikutkan kalau saya dapat,sayalah orang first yg pergi PLKN dalam family saya.Tahu tak??

Ibu,,Atinn nak pergi lah~~Kenapa dia orang sume dapat pergi? uarghh!!!
*melalak macam budak kecil yg annoying gilee* watlek watpeacee <3
Tapi-tapi kan member saya pon kebanyakkan tak dapat pergi.Syukurlah~
At least saya bukan sorang sahaja yang tak dapat! Ramai sebenarnya yang tak dapat! yeah~

Hurmm~tak pelah.Bukan rezeki saya nak pergi siri 10/2013 kali ni.So sesiapa yang bertuah dapat pergi,
i wish you all the best dengan kehidupan disana.Habislahh,nanti muka korang jadi gelappp!
(mcmlah aku cerah sangat)! paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih..hikhok~

p/s: sesiapa nak semak bolehlah ke--> http://www.khidmatnegara.gov.my/
SELAMAT MAJU JAYA KAWAN-KAWAN

PEMILIHAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013

PEMILIHAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013
Daripada keseluruhan 513,527 remaja yang pada tahun 1995, seramai 140,000 orang telah terpilih untuk mengikuti PLKN Siri 10/2013. Semakan Online masih belum dibuka. Harap bertenang.

******************************************

News : 
KUALA LUMPUR: Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun depan dijangka lebih menarik berikutan pengenalan simulasi pilihan raya yang dilaksanakan menerusi Modul Kenegaraan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul yang dirangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu membabitkan 140,000 pelatih PLKN Siri 10/2013.

Selaras dengan pelancaran program itu, 140,000 daripada 519,527 remaja yang lahir pada 1995 dipilih menyertai PLKN untuk Siri 10/2013 dengan 55 peratus membabitkan peserta lelaki dan bakinya peserta perempuan.

Proses pengambilan pelatih pula menggunakan sistem komputer JLKN yang melakukan carian selama lapan jam, manakala pelatih yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan luar negara boleh membuat rayuan penangguhan.

(wah,batch 1995 memang semangat gilaa nak pergi PLKN.me too!!)
(betullah kata facebookers ni.kalau bagitahu awal-awal kan senang.semuanya dah plan dgn teratur)

Tak sangka saya dah besar rupanya.Dah nak pergi PLKN dah pon.Dulu tak kisah sangat.Almaklumlah budak kecil.Mana lah tahu.huhu.Mintak-mintak nama saya tersenarai dalam peserta lingkungan 140K tu.Insyallah.Kalau boleh biarlah awal sebelum saya futher study dekat mana-mana institusi pengajian kelak.Nanti kalau kene panggil tie study mcm menggangu lah pula.But kes nya sekarang,boleh ke mintak macam tu?haha.

Now,saya sangat teruja.Saya memang nak sangatt pergi.Even ada orang cakap yang PLKN memenatkan,tak best and so on.Memanglah selalunya begitu pada peringkat awal.Ini dinamakan proses pembelajaran.Whattt??HOMESICKKK?tak,,tak,,tak.Saya bukan jenis macam tuh.Saya dah biasa tinggal tanpa ada parents disisi.Malah saya lagi sukaaa...!Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.

p/s: 
Any opinion about this?Korang nak share something,experience dll?boleh jee.
Saya amat mengalu-alukannya :)
more info--> https://www.facebook.com/PLKN2012?ref=stream

Korang rasa annoying bila...

Salam Ramadan buat hari yang ke-2.Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dihari kedua kita berpuasa.Hari ni saya nak story sikit.Sebenarnya entri kali ni agak sensitif sikit.Tapi tak apalah.Nak juga cerita.Sebab dah tak tahan sangat nak luahkan.Just amik point "Saya nak luahkan perasaan terpendam" boleh?hehe

Sejak kebelakangan ni,saya selalu jugak lah stalk bermacam-macam blog,fb and twitter.Biasalah orang muda katakan.hhaha.Tapi apa yang saya tak puas hati ialah mengenai cara penulisan sesetengah manusia ni.Nak dikatakan tak sekolah,,sekolah.Haishh!.Oklah straight to the point.

Saya ambil contoh yang terdekat,FB!.Dekat FB ni macam-macam orang kita boleh kenal.Kan??
Dengan hotstuff lah lah,hotsentapp lah,whatever lah.Tapi part tu saya tak kesah lah.Dia nak tergolek,terguling,biarkan.Sekarang ni yang saya kesah ialah cara penulisan sesetengah orang.Saya tak mention spesifik person ok.it's general.Siapa yang makan cili,terasa pedasnya.Betul tak?

maybe korang rasa ANNOYING gile bila ada someone tulis macam ni

alorh,titew tak leyh tito arhh.cpew nak titow kan titew.enat asenyew.Baru alek ari alan-alan.Nak mecet boyprengg die x adew arhh.Oh my gucci,i fell alone and buhsann.Apew tite nak wat skang ny?hah!jum titew denga radio shame-shame.

Yang dekat atas tu cumalah contoh sahaja.Sebenarnya banyak lagi contoh.Tapi tak apelah.Just bagi contoh yang simple and senang faham.Kalau nak tambah,korang tambahlah sendiri.Saya bukannya reti sangat dengan bahasa ala-ala gedik,annoying and shitt ni!.haha.Kalau setakat bahasa mesej yang biasa-biasa boleh lah.Yang standard katakan.huhu.bila saya baca tulisan mcm tuh,rasa mcm nak hempuk je empunya badan tu!
Menyusahkan orang nak baca dan memahaminya.

So kepada manusia diluar sana,please take a note:
Saya nasihatkan belajarlah cara menulis dengan betul sebab bahasa melambangkan bangsa ! Rosak bahasa Melayu kita,cik akak oii !(Selalunya orang perempuan yang buat tulisan macam ni,btol tak?).
Kan lebih bagus dan sedap dibaca kalau tulis ala-ala formal atau penuh.Senang sikit dan tak payah terbelit lidah ni time nak baca.

Oklah,itu je nk story.Segala kekurangan pada entri kali ni harap dimaafkan.Saya tahu itu semua hak masing-masing.Tapi,bak kata Nabil,"lu pikirlah sendiri".
p/s: amboii TEN,kau ni tak agak-agak lah.hehe.Bulan puasa kot.Bnyakkan bersabar.Kurengg pahala tu.huhu
Assalammualaikum semua.

Mengapa aku diuji sehebat begini?

Tahun ni tahun ketiga aku berpuasa tanpa ayah disisi.Ayah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika aku berumur  14 tahun.Dikala itu,bagi aku pemergiaan ayah masih terlalu awal.Kenapa ALLAH ambil ayah disaat kami sekeluarga masih memerlukannya?Disaat aku mula menghargai perasaan sayang.Ya,aku mengaku,aku berasa amat sedih dan marah.Kadang-kadang aku menggangap dunia ini tidak adil buatku.

Aku sedih kerana semua orang ada ayah.Aku?Aku telah kehilangan kasih sayang seorang ayah.Aku rindu dengan panggilan ayah.Sudah lama aku tidak menyebut panggilan itu.Terlaluu lama.Aku rindu dengan gurau senda ayah.Ayah tempat aku bermanja.Kini,ayah telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan aku.Sungguh aku berasa sedih.Walaupun aku pernah mengguris hati ayah,tapi ayah tidak pernah memukul malahan menengking aku.Ayah begitu baik dan ayahlah segala-galanya buatku.Tiada siapa yang boleh menggantikannya.

Tapi kini aku sedar dan mengerti mengapa ALLAH menguji aku dengan ujian yang sebegitu rupa.Banyak hikmah yang bisa aku dapat.
Tanpa ayah:-  
Aku menjadi seorang yang begitu tabah
Aku belajar apa ertinya susah
Aku mula menghargai orang yang paling aku sayang
Aku mula menjadi seorang yang kuat semangat
Aku mula menjadi seorang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
Dan paling penting aku telah mendekatkan diriku kepada-NYA secara tidak langsung
Alhamdulillah

BUAT AYAH
Atin tahu Atin telah banyak melakukan dosa kepada ayah.Tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat ayah untuk terus mendidik Atin sehingga sempurna dengan didikan agama yang cukup. Atin akan ingat harapan ayah yang ingin melihat Atin berjaya hingga ke menara gading.Insyallah Atin cuba lakukan yang terbaik.Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba,Atin berazam untuk melakukan suatu perubahan dalam diri agar menjadi muslimah sejati dan anak yang mampu membanggakan ayah dan keluarga.Itulah azam Atin.Semoga doa ayah dari sana sentiasa mengiringi perjalanan anakmu ini.Dan semoga kelak,kita berjumpa di syurga nanti.Insyallah.

Esok 21/7/2012 adalah tarikh berpuasa bagi semua umat Islam.Dikesempatan ini aku memohon maaf andai aku ada terkasar bahasa dan bicara kepada semua yang pernah mengenali diriku.Aku hanyalah seorang insan yang lemah lagikan tidak sempurna..Berazamlah untuk berpuasa kerana ALLAH bukan kerana semata-mata lapar dan dahaga.Salam Ramadhan untuk semua :)

Kehilanganmu amat berat bagiku~

Hari ni genap setahun abang meninggalkan adik.Terlalu cepat masa berlalu.Adik rasa macam baru semalam   abang pergi meninggalkan adik.Adik tidak sangka begitu cepatnya ajal menemui abang dikala usia yang begitu muda.Sungguh tidak disangka.Andai abang tahu,kenangan bersama abang adalah kenangan yang paling indah dalam hidup adik.Adik rindu dengan gelak tawa dan senyum manis yang ada pada abang.Tapi semuanya lesap begitu sahaja dan begitu pantas tanpa ada amaran yang datang.Masih terlayar tragedi yang pahit itu sehingga memaksa adik menerima suratan takdir yang abang sudah pergi buat selama-lamanya.Pergi tidak kembali membawa separuh nyawa adik melayang bersama.

Andai abang tahu,dengan abanglah adik mengetahui apa ertinya cinta,sayang dan benci.Dengan abanglah adik menjadi insan yang setia.Abang,adik sedih sangat.Andai abang tahu,untuk memulihkan semangat yang telah hilang adik teah mengambil masa berbulan-bulan lamanya hinggakan adik tidak pedulikan apa yang sedang berlaku disekeliling adik.Tapi...adik semacam tersedar saat abang berkata "Adik,tiada apa yang lebih berharga melainkan diri kita sendiri.Sayangilah diri kita.Jangan buat diri kita merana.Jangan menangis kerana orang lain,tapi menangislah kerana diri kita sendiri.Jagalah hati kita kerana tiada siapa yang akan menjaga hati kita."
Dari situlah adik cuba bangkit perlahan-lahan.Cuba mengumpul segala kekuatan yang ada.Kerana abang adik masih ada disini.

Andai abang tahu,adik telah lama menyayangi abang lebih dari apa yang abang sangka.Ya,adik mengaku.Tapi sayang itu hanyalah terucap dihati.Adik tahu abang ada kekasih hati.Perasaan sayang itu datang sehingga menyesakkan hati dan fikiran adik.Adik cuba mengikis perasaan itu.Tapi tidak berjaya.Sehinggakan adik mula membenci abang.Kerana abang adik menjadi begitu.Mula membenci orang yang tersayang.Tapi adik tidak boleh membenci abang kerana abang adalah saudara kandung adik sendiri.Mana mungkin?.Abang begitu baik untuk dibenci.Bagi adik,abanglah pelindung,pendengar yang setia dan imam yang sentiasa menjaga adik.Tiada siapa yang boleh menggantikan abang.

MUHAMMAD AZMEER HAKIMI,21 terima kasih untuk segala-galanya.Adik sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.Semoga abang tenang disana.Doa adik sentiasa mengiringimu wahai abang.Adik berjanji akan menunaikan janji yang kita telah pateri bersama-sama.Adik akan sentiasa ingat janji itu sampai bila-bila.Insyallah adik cuba tunaikan janji itu sebaik mungkin.Semoga adik berjumpa dengan imam baru adik yang boleh membimbing adik kearah jalan kebaikan seperti mana abang harapkan.Imam yang ikhlas mencintai dan menyayangi diri adik seadanya sepertimu abang.Engkaulah abang,engkaulah saudara sejatiku! 
Nota pendek: 'Abang' yang saya maksudkan diatas bukanlah abang kandung saya.Dia merupakan saudara saya.Panggilan abang dan adik merupakan panggilan yang telah lama diguna pakai oleh kami berdua sejak kecil lagi.Harap jangan ada yang salah faham :)