Kualiti atau kuantiti? Mana lagi baik?



Saya sebenarnya tak nak laa tanya result korang. Nak buat apa kan? Mesti ada yang berjaya n tak. Normal. Just nak cakap kepada yang berjaya tu zati ucapkan congrates and yang kurang berjaya just relax n chill. Usaha yang penting. Selagi ada minat untuk belajar just go on sahaja ok? Ingat kegagalan yang lepas jangan jadikan penghalang untuk berjaya. SPM bukan segala-galanya. Sebab apa zati cakap macam tu? 

Sebelum korang teruskan pembacaan. Disini saya ingin memberitahu saya bukan nak downkan korang yang baca ni. Saya pun mahasiswi. Masih belajar. Ambil diploma pengajian perniagaan. Sekarang berada di semestar kedua. Kalau korang tak boleh accept dengan cara penyampaian saya ni, sorry to say, dekat sini bukan tempatnya :)

Korang mesti hampa sebab tak bawak balik kejayaan untuk parents korang. Of course la kan. Tapi adik-adik jangan give up. Yakinkan dekat parents nak berjaya bukan hanya masuk U semata-mata or dapat banyak A. Orang yang tak dapat masuk U pun boleh berjaya. Cuma usaha je nak kasi lebih. Sebab?  Ramai student dekat Malaysia ni dah pandai gila2. Kebanyakkan mereka, teori punya orang. Matlamat mereka fokus untuk exam dan untuk dapat A or 4flat then keluar U cari kerja. Only that. Kadang-kadang orang yang otaknya teori ni bila kita putar je sikit dia dh blur. Macam saya laa. 

Berbanding orang yang berusaha untuk berjaya, dia akan seimbangkan antara praktikal dan teori. Hari ini bila nak cari kerja orang dah tak pandang berapa banyak A yang dapat. Ambil contoh macam bila nak interview, interviewer just tanya,tell me about yourself. Kadang-kadang orang yang pandai ni boleh sangkut jugak tau. Sebab tu pentingnya praktikal berbanding teori. Kita ada ilmu teori banyak manapun,tapi tak praktik tak ada guna. Percayalah.

So kepada adik-adik dekat luar sana, jangan takut dan bimbang. Bila kita tak dapat masuk U, carilaa kemahiran. Kalau rasa diri tu tak nak belajar yang serabut2. Hadap buku 24 jam. Ambil kemahiran. Tak hina manapun kemahiran tu. Kemahiran pada hari ini sangat penting. Kadang-kadang dengan kemahiran tu lah kita dapat income lebih. Tak caya? Ambil contoh orang yang seimbang antara praktikal dengan teori. Bila dia grad dan cari kerja punyalah susah, dia tahu dia mesti buat sesuatu. Dia ada kemahiran  seperti membaiki kenderaan dan why not dia cuba untuk kearah itu.  At least dia mencuba. Dan ada income. Berbanding orang yang dah grad tapi kerjanya tanam anggur padahal result gempak gila tapi tak ada kemahiran. Boleh beza kan?

Konklusinya, yes dari SPM kita ni dari nothing jadi something. Tapi ingat tak semua orang dapat kerja sepertimana sama nya dia amik bidang time dekat U dulu, Ingat itu jee tau. wassalam

p/s; korang mesti tertanya-tanya kenapa zati tak ambil kemahiran sebab zati kan ambil business. Businesskan banyak teori? Jawapannya saya tengah dalam proses kearah itu. Insyallah


Selamat datang kembali

 First of all said alhamdulillah. Finally hampir setahun tidak menulis dan meninggalkan blog, kini saya kembali (macamlah retis,kononnya) dengan setiap inci blog berubah 360 darjah. Membawakan tema pink merah dengan ber'background'kan flowery. Cantik idak? haha. Penat tahu edit blog ni. Rasa 1 hari tak cukup.

Ok enough story pasal blog, entri kali ni pendek je nak tulis. Insyallah mulai hari ini dan hari seterus terusnya saya akan jadi blogger yang setia terhadap blog kesayangannya macam dolu-dolu. Haha. Nak start jadi newbies balik. Yelah dah lama beno tinggalkan blog. Nak edit coding tadi pun terkapai-kapai sebab lupa punya pasal. Hehe. 

Lastly, diucapkan selamat datang kembali kepada diri sendiri dalam dunia penulisan blog. Tak sabar nak update entri terbaru lagi. Banyak giless story nk mory dengan korang semua. Excited tak nak tahu? Mestilah kan??? Hahaha.  Nantikan...*chewahhh*