Bulan baru kerja baru

Tinggal  2 hari termasuk hari ni contract kerja saya di My Pharmacy Impian Emas akan habis.Akhirnya saat ini telah lama saya tunggu.Hehe.Bebas daripada cengkaman kuku besi.Bebas selamanya.Btw,sedih juga sebab akan berpisah dgn  Farihah, Kak Jun, Kak Linda.Diaorg baik.Tak mcm kak senior yg lain.Hampehh.Kaki bodek bos.Menyampah.Actually saya bukanlah nak burukkan senior.Tapi just meluahkan perasaan tak puas hati.Diorg kalau dgn bos,bergelak sakan.Dengan kitaorg ada jee salah.Tu tak betul,ni tak betul.Haiyaa! Ingatlah sikit semua org tak sempurnalah kakak-kakak senior sekalian.Jangan nak bangga sangat dengan status "senior" tu.

Tapi papepun even korang marah saya,saya still nak ucapkan terima kasih dengan kakak senior include kak Dayah,kak Nurul.Tak lupa juga William ,Mr Yap dan pharmacist merangkap bos iaitu Mr Lee sebab bagi peluang dekat saya bekerja dkt situ.Sedaar tak sedar genap 3 bulan saya bekerja di my pharmacy(dari bulan Disember 2012-Februari 2013).Terharunya~

Banyak ilmu mengenai medicine telah saya dapat.Saya kenal dengan ubat namanya Mecilon,Yasmin,Rigevidon,Micardis,Antamin,Novomin,Ventolin,Asthalin,Fucidin dll.Even tak sepnuhnya tahu ttg function ubat tersebut.At least saya ada pengalaman dlm ilmu komunikasi antara customer,ilmu medicine,ilmu mengira,kecekapan membuat sesuatu kerja even saya ni slow dsb.Saya rasa "happy" sangat kerja situ*happylah sangat,kononnya

Then,selepas ini,masuk bulan 3 yakni bulan baru,saya akan buka buku baru.Saya akan cari pengalaman dalam ilmu menjual tudung.Yeah.Saya harap yang terbaik dari pengalaman yang akan saya kutip.Insyallah :)
p/s: Annual dinner tu kira burn laa eh? Tak dapat nak pergi..Sayangnya~
      Mak saya cakap saya ni untung.Sebabnya mudah dapat kerja.After SPM2012,terus kerja.Laa ni,habis contract dekat farmasi,terus dapat kerja baru dekat tempat lain.Tak payah tunggu lama-lama.Kpd ibu,Alhamdulillah bu,rezeki daripada-Nya

Hari penantian semakin tiba

Sekarang ni dah nak dekat penghujung bulan Februari.So semakin dekat nak akhir bulan semakin cepat denyutan jantung saya berdengup.Dup..dap..dup..dap.Kenapa? Yela saya ni kan lepasan SPM2012.Jadi saya rasa risau dengan result SPM saya yang bakal keluar nanti.Ntah baik ntah buruk.Nak kata saya ni pandai,taklah pandai mana.Kelas no 3 dari 11 kelas.
Yang saya mampu buat hanyalah doa dan bertawakal.Ada rezeki saya masuk Universiti adalah.Kalau tak ada,rezeki lain akan ada.Cuma lambat atau cepat sahaja.Result SPM saya tak target berapa A saya nak capai.Saya hanya berserah.Saya penat nak target banyak-banyak A.Hasilnya tetap mengecewakan.So lebih baik saya berserah sahaja.Tapi saya tetap target,my result insyallah yang terbaik.Doakan saya yee~

To all 1995 batch: Korang janganlah gelabah sangat tanya bila result SPM nak keluar.Soh seh soh seh sana sini.Korang buat saya gabra jela.haha.Insyallah,result tu pasti keluar.Sama-sama kita nantikan.Apa yang penting kita semua dah lakukan yang terbaik.Semoga kita dapat capai keputusan yang membanggakan :) Amin~~

To all my readers/visiters/anyone: Nak tanya,kalau kita tak dapat score dalam subjek elektif /pilihan macam Fizik,Chemistry Addmath dan lain-lain tapi kita score dalam subjek teras adakah masih ada peluang untuk kita melanjutkan pelajaran ke IPTA?? Saya hanya bertanya kerana saya amat risaukan subjek elektif saya ni!! Tak tahu boleh score ke tidak.Risaunya~~

Mega Exclusive GiveAway

mangsa taggies
http://nanaownlife.blogspot.com/
http://ehlady.blogspot.com/
http://athirahkimeunkyung.blogspot.com/
http://tentangnadhia.blogspot.com/
http://red-jambu.blogspot.com/

nak joi tekan sini--> http://love-berry06.blogspot.com/
GIVEAWAY AKAN BERAKHIR PADA HARI INI [15/2/2013] JAM 12 TENGAH MALAM 

Pilihan yang ada

Pada 11 Januari 2013 yg lalu*mcm buat krgn pula*saya sudah selesai mengisi borang upu dengan jayanya.Haha.Sebenarnya ikut perancangan nak isi after dapat result.Tapi eksited nak isi borang upu ni dah tahap maximum.Tak boleh nak tahan-tahan lagi.Hehe.Lepas dah bincang dengan ibu,ibu cakap isi lah awal-awal,tengok mana course yang sesuai dengan saya dahulu.Kalau dah dapat result,nanti boleh tukar course mana yang tak nak.So atas nasihat ibu,saya go on je.

Lagipun kemaskini yang dihadkan sebanyak 3 kali.Jadi dalam kes ni,saya perlu bijak gunakan peluang yang ada.Tak akan lah peluang 3 kali tu saya nak membazir gitu je,ye dak? Hehe..Saya dah tetapkan after saya dah isi borang upu pada 11 Januari tu,saya dah tak nk tengok lagi.Kalau nak tengok pun after dah dapat result.Tak berani nak kemaskini banyak-banyak kali.Mana lah tahu,ada yang menjadi penghalang,betul tak? *faham-faham jelah

Kenapa kebanyakkan saya pilih UiTM? Yelah,UiTM kan banyak course yang ditawarkan.U lain ada tapi kebanyakkan asasi,sijil dan lain-lain.Memandangkan saya nak ambil DIPLOMA,so saya rasa IPTA yang terbaik yang menawarkan jurusan yang saya minat dan sekali ada diploma hanyalah ada di UiTM.Mugkin IPTA lain ada juga,tapi ntahlah.Saya rasa nak mohon UIA.Tapi tak best.Kebanyakkan jurusan dekat sana,menawarkan asasi.Kalau ada pun diploma yang tak berkaitan dlm list saya.hihi.Selain tu,saya ada juga mohon poli dan matrik.Semuanya sudah settle.Tengoklah mana satu yang akan saya dapat.Bergantung pada rezeki.Wallahualam~
Saya sebenarnya tak kesah nak study dekat mana sekalipun.Asalkan ilmu itu tetap dicari dan ditambah.Walau segah mana pun nama U itu,tapi kalau kita malas nk belajar,tak jadi juga.Btul tak? Hehe.It just my opinion :)

Handphone baru?

---> 
Hari ni eksited nak tulis entri baru.Oklah saya nak beritahu dekat korang yang saya dah beli handphone baruu! Yeah.Phone baru saya nama dia ialah Samsung Galaxy Ace.*Ayat over gila boleh?? Nak minta penampar je kan? haha.Handphone saya sebijik mcm dlm gambar sebelah kanan.Putih gituu.haha.*

Tapi seriuslah,Samsung Galaxy Ace ni saya dah tawan sejak dua hari lalu start 23/1/2013.Kalau sebelum ni jeles gila dok tengok member ada fon yang touch-touch punya,tapi sekarang ni dah tak jeles lagi.hihi.Sebelum ni hanya mampu guna Nokia X2 sahaja.Tapi after dah kerja,dah pegang duit sendiri,hajat yang selama ni tersimpan nun jauh didasar hati,telah pun terlaksana.Alhamdulillah.Saya belum mampu pakai tab,segala bagai.Tapi yang dah ada ni,kira tersangatt cukup dah.

Terpulanglah dekat korang dok ngata saya ni "eleh setakat galaxy ace,apa celopp?",,"setakat galaxy ace,nah aku ada samsung galaxy s2.Kau hado?",,"Jakunnya budak ni.Aku dh lama ada,tak jakun pun",,dan segala ayat yang akan terlintas difikiran korang.Wallahualam~Dan ingin saya tegaskan bahawa,tujuan saya menulis entri ni bukanlah nak bermegah-megah,dok canang satu dunia,mengatakan yang saya dah ada handphone baru.Tapi nak meluahkan perasaan keterujaan saya sahaja.That's all.
p/s: Satu jee saya tak puas hati dgn fon ni,bateri dia cepat habiss laa.Tak syok nk download.Adoyaii.Spoil gila.Yang lain,buat masa ni kira oklah.Best.So,korang ada pape nk share tak psl Galaxy Ace ni? Kira review lah.Maklumlah baru first time pakai smart phone.Hehe.Dahlah buta IT.Org kata,malu bertanya sesat jalan.Ye dak?

Kenapa mesti pilih purple?

Bagi blogger yang selalu menstalker blog saya,pasti mereka tahu yang saya ni peminat tegar purple.Boleh disimpulkan keseluruhan blog saya berwarnakan purple.Bila masa saya tangkap cintan dengan purple ni? The answer is saya pun tak tahu bila.Tapi yang pasti saya memang suka betull dengan purple.

Kenapa saya suka purple? 
Let me elaborate my point..

Firstly,saya suka kerana purple ni bagi saya ianya satu warna yang mendamaikan selain biru,hijau dan pink.Kalau biru saya hanya suka pada warna laut dan langit.Kalau hijau saya suka pada warna tumbuh-tumbuhan.Kalau pink? Tak tahulah nak ckp apa..haha.
.
Selain tu,purple ni nampak cool dan lembut.Menjadi kebiasaan saya,sebelum menukar sesuatu design blog,saya akan menetapkan warnanya dulu.Pendek kata,colour come first.So,kalau dah dapat warna yang sesuai saya akan pastikan seluruh blog hanya menggunakan satu warna sahaja*Saya tak berani main warna bak rainbow.Tak tahu kenapa.For me,mcm serabut.Tapi mostly banyak pakai warna purple.Warna lain kurenggg sikit.

Selain tu,purple ni warna kerinduan tau! Jangan main-main*mcm betul jee aku tulis ni.haha.Tapi serius lah,kebanyakkan orang ataupun majalah ataupun novel tulis warna purple ni warna kerinduan.Kalau tak percaya cuba tanya pakar warna.Confirm betul.hehe..
Dan apa lagi eh? Hah ! Purple juga salah satu colour yang akan menjadi colour wajib @ tema yang mesti ada sewaktu wedding saya.*sila ketawa berdekah-dekah-kahkahkah.Tapi betullah saya serius tak tipu*sambil buat muka innocent.Warna ni mesti ada.Tak banyak,sikit pun jadilah.Tak kiralah dekat pelamin ke,cincin ke,apa-apa jelah.Yang penting ada.*Beria je aku ni !!

P/s : Dan korang pula macam mana? Kenapa suka purple? Apa yang menjadikan korang suka @ obses dengan purple?*Soalan ini khusus untuk peminat purple.Tapi,kalau bukan peminat purple pun boleh.Just cerita apa sebab korang suka dengan sesuatu warna itu.

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

Nak join juga? tekan banner dkt atas ni yee :)
 Assalammualaikum.Kali ni entri saya berkaitan mengenai satu contest yg dianjurkan oleh Mksyahir.
Saya join pun firstly sebab hadiah yg ditawarkan memang owsemm.Tapi taklah sampai tahap "nak sangat duit itu".haha.Just balik pada konsep ada rezeki adalah.Kalau tak ada pun tak apa.

Straight to the point.Dalam contest yg dianjurkan oleh Mksyahir ni,dia suruh para contestant supaya buat satu review mengenai blognya.Oklah dengan hati yang ikhlas saya akan buat full review mengenai blog Mksyahir ni dengan seikhlas hati.Harap owner tak marah eh..
HEADER
First time menjejakkan kaki ke blog Mksyahir ni,saya boleh simpulkan yg owner blog ni mesti gila-gila dan juga misteri orangnya.haha.Penggunaan warna dan tulisan juga taklah berat sangat.Cuma kalau boleh,tajuk blog APAKAH mungkin boleh dibagi efek yang lebih menjurus kepada penegasan dari segi warna.Sorry to saya,words APAKAH itu seakan-akan tenggelam dengan warna background blog.Maybe boleh ubah warna yang lebih kontra dengan  warna hitam sehingga membolehkan pengunjung nampak akan kehadiran words APAKAH itu.Minta-minta Mksyahir faham lah yee =='.hehe.Btw,header still  still ok and simple.Simple tak apa,jangan serabut,menyemak sehingga susah nak dibaca.Dan tak hairanlah header memainkan peranan yg penting kepada sesuatu blog itu untuk membuatkan visiters menimbulkan first impressionnya terhadap sesuatu blog itu.
p/s: Header yg lama saya cadangkan tukar header yg baru.Yang lebih fresh and cool.Dan,Kalau boleh buat header skreatif mungkin.Bukan mcm saya.Header simple gila sebab otak tak kreatif.haha
BACKGROUND
Background plain hitam? Pada saya dah ok sangat lah tuh.Sebab hitam itu elegen.Cewahh.Pada Mksyahir,tak payahlah tukar colour background lagi.Kalau nak tukar juga JANGAN pilih warna pink tau! Pink tu khas untuk perempuan sahaja.Colour yg boleh saya suggestkan termasuklah purple,biru,hijau dan merah.Dan ingat,jangan sesekali ambil colour kuning sebab silau.Dahlah warna terang gila.Nak baca entri lagi?Pening eden.Kebanyakkan blogger lelaki ni suka ambil warna hitam sebagai background blog mungkin sebab nampak lebih kemas dan teratur.So,syabas diucapkan sebab membuat pilihan yang tepat.Hoho.Cuma kalau boleh bagi meriah sikit dengan kehadiran pelbagai warna.Kena berani sikit main dgn warna.Almaklumlah,blog awk bnyk pengunjung perempuan mcm saya.So,permainan warna tu penting untuk menawan hati readers agar seronok membaca entri yg telah diposting dan terlekat 24 jam di blog Mksyahir.
WIDGET
 Widget ni cuma satu jee saya nak cakap.Sidebar blog awak banyak sangatlah widgetnya.Kalau bolehlah kan,mana yang boleh digabungkan,gabungkan.Kalau tak boleh tak apa.Dan kalau yang rasa tak penting and tak perlu tuh,tok usahlah bubuh.Buang jee*jahatnya aku ni!!*.hehe.Bukannya apa,takut memberatkan blog sahaja.Lagipun dalam setiap halaman,awk telah posting entri lebih daripada 5.Itu tak apalah sebab blog awak banyak informasi.Tapi lagi cun kalau awk dapat kurangkan sikit sidebar widget tu.Gerenti ok.Tak serabut sangat nak baca.

Dan yang bagusnya,setiap entri awk ada tulis "READ MORE".Itu akan membuatkan readers nak tahu lebih detail mengenai sesuatu entri itu.Betul tak? Dan,widget-widget di sidebar tu,kalau boleh susun ikut keutamaan.Dari yang penting sampailah tak penting.Mcm ni,First,letak profile awak,then letak blog archive,third,bla..bla..bla..*letaklah pape ikut suka hati awk..Ini semua hanyalah cadangan sahaja.Terpulang dekat MKsyahir yee :)
KESELURUHAN BLOG
Penggunaan font dalam entri sangat bersesuaian.Tak terlalu kecil dan juga tak terlalu besar.Senang nak baca.Penulisan entri juga ok.Senang nak difahami.Lagi satu,sempoii and bersahaja.Banyak maklumat dapat diperoleh.So tak rugilah siapa-siapa yg dtg menjenguk blog APAKAH ini.hehe.Suree,best! Dapatlah ilmu sedikit sebanyak.Ye dak? Kalau link blog tu tak kesahlah.Kira ok juga.Lebih baik kekalkan sebab ianya identiti awk.Kalau org tengok link awk,mesti dia ckp "www.mksyahir.com,mcm aku kenal tapi siapa eh? Then terus buka blog Mksyahir and cakap owhh dia ni.Aku kenal !!.Blogger ni.......".Dahlah famous,bertambah-tambah famousnya.Kan..kan??

Hurm,itu jela kot yang nak review.Saya harap sangat owner blog tak marah.Sebab saya betul-betul buat review seikhlas hati saya.Saya tulis berdasarkan pemerhatian saya.Mugkin sesiapa sahaja akan cakap,eleh dia(saya) ni taklah bagus sangat.Blog pun tak seberapa.Ada hati nak komen mcm2 pasal blog orang.Tapi,sungguh tak ada niat nak jatuhkan.hehe.Segala tulisan yang ada menyinggung sensitiviti sesetengah pihak,minta maaf banyak-banyak.Wassalam~

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

Kenangan Terindah

Kami members of 5 Zamrud2012
Puan Zurita guru kelas kami..
Dengan kekuatan 13 wira & 17 wirawati 
Gedung ilmu kami di SMK IMPIAN EMAS,JB 

WE ARE ACCOUNTING STUDENTS !!
Dan inilah kami...
WE ARE HAPPY FAMILY !
Doakan kami agar mendapat result yg terbaik dalam SPM2012.Wish all the best of luck for 5 Zamrud ^_^. Insyallah...
Terima kasih kepada semua guru SMKIE yang telah bersusah-payah mengajar kami.Jasamu akan kami ingat sampai akhir hayat.
Credit Picture : Jia Huey & Wani

Setia Hujung Nyawa

 
Saya ni bukanlah kaki drama tak juga kaki filem.Tapi kalau saya dah mengikuti sesebuah cerita atau drama(biasanya),saya akan pastikan yang saya akan menontonnya hingga last episod.Korang semua tahu kan,apa drama yg tengah hot sekarang di TV3 khususnya.Of course lah Setia Hujung Nyawa.Betul tak?
Ceritanya ya ampun sweet bangett.haha.Melting weyh dibuatnya lagi2 hero dalam drama tu,Amar Ashyraf!
Hensem gila tau!! 

In fact,saya dah beberapa kali ternampak nove ni time dkt Badan Cemerlang,Plaza Angsana.Tapi tulah,time tu mcm tak ada hati nak beli.Last-last bila tengok sinopsis drama Setia hujung Nyawa ni rupanya diadaptasikan drpd novel,barulah saya sibuk nak pergi mencari.hihi.Ntah ada lagi ke tak.Tapi yg pasti saya nak juga beli novel tuh!

Pelakon dalam drama tersebut banyak juga hensem2 dan cantik2 ek?*poyo jee.haha.Tapikan memang best lah cerita tu.Lakonan mereka semua memang mantap2 lah weyh! memandangkan saya sekarang sudah bekerja,peluang untuk menonotn drama tersebut memang tipis,so saya akan pastikan saya akan menontonnya kembali di TONTON.hahah..

## Ada juga idea nak update entri.So kepada korang yg nak share anything about this drama,silakan.Saya tak kesah.Lagipun banyak episod yg sya terlepas menonton.At least,kalau korg beritahu apa yg terjadi utk sesuatu episod tu,tak yah lah saya buka TONTON.haha.*Malas nak buka internet sebenarnya..hehe.

 
                                           Afiq Muiz                                     Amar Asyraf
P/s: Kalau dulu Mimpi Cinderella ada Afiq Muiz,sekarang Setia Hujung Nyawa ada Amar Ashyraf! yeah,sukanya!*Show off pula aku ni.hehe.Tak salah kan kalau saya adore dia? Bukannya jadi idola pun.Just for fun.Minat sahaja disebabkan kehenseman mereka.hahaha..