Takkan terpisah selamanya

Dah lama tak update entri baru.Sibuk siktlah.Maklumlah dah kerja.Kalau dulu sekolah sibuk dengan homework,kerja pula sibuk dengan ragam pelbagai manusia.Haih~Sedar tak sedar hampir sebulan saya bekerja sbg assistant pharmacy.Kejap je kan? Then,tunggu hari nak dapat gaji.Kehkeh.

Esok dah start kerja balik sebab tadi dah cuti.Cuti kerja lain pula.Cuma dalam seminggu hanya 1 kali je cuti compare dgn sekolah.Itupun tak cukup.Actually tak sabar nak dapat first gaji ni.Hihi.Tapi kan,lepas fikir-fikir balik,duit tu nanti kejap je habis.Tak sampai dua hari.Percayalah.Tolak duit bagi ibu,tolak duit naik transport,nak simpan lagi dalam bank,tolak duit nak beli itu ini,gedak gedebuk,habis gitu je.Betul tak? Hehe.Sekejap jee...

Tadi kan saya cuti,sebelum cuti bos ada bagi surat yang menyatakan saya perlu buka account KWSP dan Public Bank.Then tadi,satu hari saya pergi jalan dekat bandar.Haha.Lepas rindu dah lama tak keluar.Sebenarnya buat KWSP tak lama sangatlah.Saya datang then ambil nombor lepas tuh tak sampai 5 minit,nombor saya kena panggil.Orang yg bertugas tu minta IC,cap jari semua,dah siap~Cepat dan ringkas.Yang lecehnya dekat bank lah.Adoii ramai gila tahu?? Berjam tunggu.

Dah settle urusan bank dan KWSP saya ajak ibu dan adik saya pusing satu bandar.Huhu.Padahal gaji belum dapat lagi.Tak beli pape pun.Just jalan-jalan je.Nak lepaskan tekanan di tempat kerja.Cehh,nampak ada kepoyoan disitu yee,cik izzati? Heheh..
Itu jela nak story pada entri kali ni.Actually tak idea nak tulis apa.Dah tak ada idea,tulis pakai bantai jela.Haha.Harap ada yg sudi baca diari online aku ni.Saya out dulu.Assalammualaikum ^_^
p/s:  Bekerja takkan terpisah dengan penat
Penat takkan terpisah dengan mengeluh
Mengeluh takkan terpisah dengan perempuan
Perempuan takkan terpisah dengan shopping!! *memandai je aku ni*.
Dan...
Manusia dengan Allah takkan terpisah*sudah pasti!*...
Selamanya....hehe

No comments :