Takkan terpisah selamanya

Dah lama tak update entri baru.Sibuk siktlah.Maklumlah dah kerja.Kalau dulu sekolah sibuk dengan homework,kerja pula sibuk dengan ragam pelbagai manusia.Haih~Sedar tak sedar hampir sebulan saya bekerja sbg assistant pharmacy.Kejap je kan? Then,tunggu hari nak dapat gaji.Kehkeh.

Esok dah start kerja balik sebab tadi dah cuti.Cuti kerja lain pula.Cuma dalam seminggu hanya 1 kali je cuti compare dgn sekolah.Itupun tak cukup.Actually tak sabar nak dapat first gaji ni.Hihi.Tapi kan,lepas fikir-fikir balik,duit tu nanti kejap je habis.Tak sampai dua hari.Percayalah.Tolak duit bagi ibu,tolak duit naik transport,nak simpan lagi dalam bank,tolak duit nak beli itu ini,gedak gedebuk,habis gitu je.Betul tak? Hehe.Sekejap jee...

Tadi kan saya cuti,sebelum cuti bos ada bagi surat yang menyatakan saya perlu buka account KWSP dan Public Bank.Then tadi,satu hari saya pergi jalan dekat bandar.Haha.Lepas rindu dah lama tak keluar.Sebenarnya buat KWSP tak lama sangatlah.Saya datang then ambil nombor lepas tuh tak sampai 5 minit,nombor saya kena panggil.Orang yg bertugas tu minta IC,cap jari semua,dah siap~Cepat dan ringkas.Yang lecehnya dekat bank lah.Adoii ramai gila tahu?? Berjam tunggu.

Dah settle urusan bank dan KWSP saya ajak ibu dan adik saya pusing satu bandar.Huhu.Padahal gaji belum dapat lagi.Tak beli pape pun.Just jalan-jalan je.Nak lepaskan tekanan di tempat kerja.Cehh,nampak ada kepoyoan disitu yee,cik izzati? Heheh..
Itu jela nak story pada entri kali ni.Actually tak idea nak tulis apa.Dah tak ada idea,tulis pakai bantai jela.Haha.Harap ada yg sudi baca diari online aku ni.Saya out dulu.Assalammualaikum ^_^
p/s:  Bekerja takkan terpisah dengan penat
Penat takkan terpisah dengan mengeluh
Mengeluh takkan terpisah dengan perempuan
Perempuan takkan terpisah dengan shopping!! *memandai je aku ni*.
Dan...
Manusia dengan Allah takkan terpisah*sudah pasti!*...
Selamanya....hehe

Hari yang paling happy !

Hari ni eksited gila nak tulis entri baru.Yeah.Tak nak meleweh,jom straight to the point..


Semalam,time saya nak balik kerja,bos ada cakap dekat saya,esoknya ada meeting.Dah 2 minggu kerja,itulah first meeting yg saya attend.Sangat best.Hehe.Boss banyak cakap boleh.Serius,time tuh,saya jee yg jadi bahan lawak.Senior asyik kenakan saya setiap masa.Mostly,memang banyak ketawa dr discuss.Dahlah saya ketawa,mata saya berair.Modal senior untuk kenakan saya lagi.kehkeh.Dalam meeting tuh,tak banyak yg saya faham.Semuanya pasal marketing,sistem and segala bagai.Yelaa,new staff lah katakan.Yang saya tahu,boss asyik tanya "Izzati,ada apa-apa suggestion yg boleh awk keluarkan utk improvement farmasi ni?Saya cakaplah tak ada.Lagipun manalah saya tahu sgt pasal selok-belok perniagaan ni.Karang,saya keluarkan idea merepek saya,habis dibalunnya.haha.


Lepas tu kan, habis jee meeting,bos belanja saya,senior and kwn saya makan.Hanya 4 org sahaja termasuk bos.Jeles tak? huhu.Boss juga ada belikan roti canai utk staff yg lain yg tengah kerja shift pagi.Truly,time sampai dkt tempat makan,semua org tgk kami berempat.Sebab apa? Yelaa,boss saya kan Cina,yg pekerja semuanya Melayu,memang patutlah dihairankan.Betul tak?.Dahlah time tuh,tak pakai t-shirt farmasi.Pakai baju biasa  Ntah apa yg dicanang dgn diorg dkt gerai tuh pun tak tahu.Dekat sana boss belanja makan roti canai.Oklah tu kan? Time tu,awal lagi.baru pukul 9.30.Standard leteww.Yang syoknya,saya dapat naik kereta honda dia.Besar gedabak boleh tak? Jakunnnn...


Thens,lepas makan,bos siapa hantar saya balik.Masyukk der.Memang untung siapa yg dapat bos yg sebaik mcm ni.Kiranya saya bernasib baik lah ni.Ye dak? Haha.Yang paling penting boss puji yang saya ni banyak peningkatan dr segi kerja dr fisrt week until minggu kedua.Banyak sangattt.Bangga siot,bos puji aku.kehkeh..


Then dalam meeting tuh,ada juga bos cerita pasal pergi melancong.Tak tahu lah betul ke tak.Tapi rasanya ya kot.Melancong pergi Phuket,Thailand pada bulan 4 nanti.Wahh,bestnya.Minta-minta time tu saya still ada.Nak merasa juga pergi luar negara before futher study nanti.Yahuu!!!


 Itujela nk story.Sebenarnya banyak lagi point yg saya tak dapat masukkan.Sebab nanti tak cukup ruang.Panjang berjela tahu tak.Main point dekat sini,saya just nk cakap,boss saya memang baik.Dia nak,semua staff dkt situ kerja dgn happy,dan kerja sbg satu family.Yeah! Insyallah,saya cuba yg terbaik dlm melakukan kerja dan tampil  lebih berkeyakinan dan energetic sepertimana senior dan boss harapkan.

New theme

Hi.Baru ada masa nak update blog.Actually dah berapa hari saya tinggalkan blog,fb,twitter dll.Rasa rindu juga.Tapi nak buat macam mana,kerja punya pasal,apa pun tak boleh.Entri kali ni,saya cuma nak cakap and nak bagitahu dekat korg semua*bajet hotstuff* yg saya dah tukar skin blog saya.Yeah,akhirnya dapat juga edit hasil titik peluh sendiri and hasilnya memang marvellous! hehe.

Still mengekalkan warna purple sbg warna tema,dan pink sbg warna pembantu*hancuss tatabahasa aku*haha.Nak edit cantik-cantik,tak sekreatif bloggers lain,kan? Tapikan,tapikan,,dalam banyak theme yg saya dah edit sebelum ni,bagi saya,theme kali ni lebih nampak cool! yeah! You know what is the mean by cool??*Oh my english!* Cool tu maknayer lebih nampak cool lah.Haish,susah pula eden nak definasikannya.Korg refer kamus jela.hoho.Oklah,setakat tu jee nak story.Nnati pnjg umur,saya update new entri lagi yee? lnsyallah..
p/s: Tak sabar tunggu hujung bulan.Nak dapat gaji woo~haha.Nanti boleh open table.kehkeh..Papepun wish all the best for me because boss hanya bagi tempoh 2 minggu percubaan sebagai staff baru.Kalau dia puas hati,go on.Kalau tak,say bye-bye jela.hehe.Minta-minta kekal lah kerja dkt farmasi tuh.Tak nak cari kerja lain dah.Penat doh~hehe.Wassalam.

Selamanya Harimau Malaya..

Tak nak membebel panjang sebab esok saya kena kerja.So nak pendekkan cerita saya just nak cakap GOOD LUCK TO HARIMAU MALAYA untuk perlawanan menentang Thailand pada esok hari di Stadium Nasinal Bukit Jalil.Buat yang terbaik.Sesiapa pun pemain yang diturunkan,make sure perform yang the best,ok? Pada pandangan saya,perlawanan esok maybe Malaysia 2-0 Thailand.Insyallah~Pastikan sejarah berulang kembali.Menang kalah adat pertandingan,yang penting kami sebagai penyokong mahukan permainan yang mantap dari team HM.

Kalau boleh pastikan team HM dapat ke final.Pegang takhta Juara Bertahan itu.Berjuang sampai ke titisan peluh yg terakhir.Akhir sekali,saya penyokong tegar HM! hehe.
Hurm~itu je la kot nak cakap.Rasa tak ada pape lagi.Ok lah,jumpa lagi di entri yang baru.Bye~

P/s: Baru nak tgk game Malaysia lwn Thailand esok.Tapi nasib tak menyebelahi sebab esok kerja kena shift petang balik malam.But never mind.Banyak medium yg boleh saya tgk balik perlawanan tersebut.Mudah-mudahan HM berjaya dgn jayanya :) Selamanya Harimau Malaya.