Manakah yang terbaik? (Diploma @ Matrik @ STPM?)

Sejak dua menjak ni,fikiran asyik terbayang-bayang nak pilih course apa  untuk sambung belajar nanti. Even SPM belum habis lagi.Tinggal lagi dua paper sahaja iaitu Akaun dan Chemistry.Bebalik pada topik,saya plan,after SPM nak kerja dulu sebelum result keluar pada bulan 3 nanti.Disamping bekerja,saya plan juga nak ambil kelas Bahasa Inggeris.Nak belajar bahasa omputih lah kononya.haha.Ya! Itulah perancangan saya after SPM nanti.

Then bila result keluar,saya plan nak ambil terus diploma.Saya  nak ambil diploma sebab saya telah banyak membuat research tentang hala tuju after SPM.Ada yang mengatakan tempoh pengajiannya lebih lama berbanding matrik atau stpm.Itu saya tak kesah sangatlah.Panjang atau singkat tempohnya,saya tak ambil kira.Yang penting dimana pun kita belajar,diperingkat mana sekalipun,ilmu tetap perlu dicari dan ditambah.Persoalannya sekarang,kenapa saya ambil diploma?Mesti korang nak tahu kan? Meyh saya bagitahu..For your information,saya ni jenis org yang tak suka struggle,tak suka memaksa diri dgn something yang tak suka buat,tak suka cabaran,tak suka memeningkan kepala,tak suka tergopoh-gapah.Kalau tergopoh-gapah atau tergesa-gesa,nanti saya mudah jadi gelisah dan tak tentu arah.huhu dll.Itulah kelemahan saya.

Saya ni jenis orang yang suka relax,santai dan cool.So saya fikir,antara matrik,diploma dan stpm,maybe diploma adalah yg terbaik berdasarkan kriteria diri yg ada pada saya.Orang kata juga students yg ambil diploma ni lebih banyak main-main.Tapi,itu semua depands pada individu itu sendiri.Kalau ambil diploma,kita boleh perbaiki prestasi pengajian kita dari semasa ke semasa.Org kata,peluang nak baiki diri itu still ada lah.Compare dgn matrik dan stpm? Pikirlah sendiri...

Persoalan yg seterusnya ialah,course apa yang saya nak ambil nanti diperingkat diploma?
Dalam kepala hotak saya sekarang,saya plan nak ambil:
  • Diploma seni kulinari
  • Diploma pengurusan hotel dan perlancongan
  • Diploma hospitaliti dan perlancongan
  • Diploma pengurusan perniaagaan/ Diploma pentadbiran perniagaan

Setakat itulah plan saya.Saya tahu kemampuan saya stakat mana,and sejauh mana.Saya ada minat nak ambil course tersebut.In Shaa Allah,kalau diberi peluang ambil course tersebut,saya akan tanam kesungguhan nak belajar betul2 pula.Saya jenis org yg tak suka dgn subjek yang ada kira-kira.Saya jenis orang yang lebih suka kepada fakta dan penulisan(mengingat dan menulis).So daripada saya ambil perakaunan yang sejak dari dulu saya tak minat,nak buat apa? Menyusahkan diri jee.Entahlah.Itu adalah perancangan sahaja.Tapi itu semua bergantung pada result SPM nanti.Klau ada rezeki sambung study,In shaa Allah..

Apa-apapun doakan yang terbaik buat saya yee :)

P/S: Ada cadangan,nak bagi komen atau pendapat? Silakan.Saya amat mengalu-alukannya :)

7 comments :

fieza sani said...

Opinion akak,amik course yg izati minat..bukan
Org yg pilihkan tapi apapun mmg kena tgk pada result spm izati nnti..wish u luck..moga dpt result yg cemerlang :-)

Hnahdy said...

pendapat hana ek

diploma ok cuma belajar tu biar sampai ijazah. yela diploma kan lama. takut boring or frust ka apa ka.jadi jgn belajar sekerat jalan.

matrik pun ok tapi mmg belajar giler la. study smart xleh main2.xdanya nak bersembang2 ngan kawan2. sbb tiap2 bulan ada exam or kuiz apa benda lah. kwn hana cerita

STPM senang masuk U terus ijazah.hehe tapi ikhlas hana xsuka STPM. sbb hana malas nak belajar subjek2 melibatkan sekolah2 ni

Kebanyakan kwn2 hana yang STPM dah pun bekerja..Jadi sedikit sebayak belajar ni sebenarnya untuk dapat pekerjaan jugak di sambing menampahkan ilmu

p/s : panjang plak komen.:)

Irham Danisha said...

klau jenis mcm tu, mmg elok la u amik diploma...tp hati2 pilih course...UITM tempat terbaik utk buat diploma dan byk sgt course yg ditawarkan, good luck ya.
http://mysweetielovely.blogspot.com/

Anis said...

Bagus,, u hv done the research & ada perancangan... Sama saja diploma & stp. Biasanya kalau study on track, hanya lmbt setahun dr matrix stdn.. Good luck.:)

cik.zahira said...

Just sharing ;) http://cokelatdonut.blogspot.com/2012/11/entah-sejak-bila-entry-aku-with-no-post.html

Nurul Farahizzati said...

mana-mana pun boleh.. semuanya bergantung kepada diri sendiri.. tepuk dada, tanya selera :)

sukakartun said...

Pendapat akak plak...

Akak setuju dengan perancangan adik. Macam adik, akak dulu pon tak minat kira2. setakat mate mode tu boleh agi..akak lebih minat pada cos2 yang boleh buat kita bukak bisnes sendiri.lepas SPM, akak try mintak poli dalam bidang katering, tapi xdapat. akak dapat matrik bidang fizik. punyalah buat rayuan tp tetap xdapat. Finally mak akak suruh pegi jugak study kat matrik. Kesannya setiap kali xm, result akak teruk. Habis aja matrik terus apply cos kat u yang xde kaitan ngan fizik..rugi aja setaun belaja kat matrik. pilihan adik tu dah ok dah..tp make sure adik sambung sampai ke peringkat lebih tinggi