Kerja sambilan

Tadi petang baru lepas pergi temu duga kerja.Nak cari duit,nak kumpul sikit2 sebelum futher study dkt mana-mana.Nk cari experience lah org kata.Dah habis SPM,tak kan lah nk goyang kaki dkt rumah jee.Mahu diperhambat penyapu dgn ibu saya.wakaka.Actually saya dtg time boss tak ada.SO,kena isi form dulu.Then petangnya baru panggil interview.Bossnya sangatlah baik,ceria and mudah ketawa.Jantina lelaki dan berbangsa cina.*pergh,ayat tak macam skema gila babun*.

Dia cakap lah,kenapa nak kerja farmasi ni,then saya cakap PLKN tak mahu amik saya maa,jadi saya mahu kerja laa.Nak cari duit,mahu tolong itu mak saya.Boss tu cakap,ouh good2.Dia tanya lagi,pada pendapat youlah,farmasi ni kerja dia buat apa sahaja?Saya cakaplah,ini farmasi jual ubat-ubat lah.Boss reply:Aiyoo,you jgn pikir berat-berat maa.Pikir yg simple2.Macam...Dahlah time tu saya tak tahu nk pikir apa.Sbb dlm kepala otak saya,saya set yg farmasi ni jual ubat je.haha.Lepas dah tak tahu nk ckp apa,dia bagitahulah yg kerja farmasi ni,kalau org dtg,say hello,hi and cakap mahu apa?beli apa? Simple right? Itu basic bg budak baru mcm you.Then saya pun reply,ohhhh.Nak ringkaskannya dia cakap saya boleh mula bulan 12 ni.1/12/2012 start kerja.Time tu rasa happy gila.Mana taknya,gaji pun cukup cun.For budak2 yg baru nk merasa pegang duit like me,jumlah gaji yg ditawarkan sbnyk ....... tersangatlah banyak.hihi.

Then dia tanya lagi,lepas ambil itu result SPM,apa plan you hah? Saya cakap saya nak sambung belajar dekat U amik diploma.Lepas tuh dia tanya,you sanggup kerja overtime tak? Dengan secepatnya saya angguk kepala and say,saya sanggup.haha.Ni farmasi,cuti dia tak tentu.You sanggup? Saya angguk buat kali kedua.huhu.Oklah,saya bagi you kerja as a assistant pharmacy.Time tu,dalam hati,syukur alhamdulillah.Papepun,doakan saya berjaya yee :)
P/S: Time dia suruh introduce yourself in English,menggelabah saya dibuatnya.Yelaa,mana ready seyh.Haha.Lepas tuh,dlm hati,aku nk ckp apa ni.Bantai jela.Broken pon broken laa.First time nk cakap,saya senyum2 pandang dkt boss.haha.Nak kumpul kekuatan dulu.AND mulalah cakap,my name is...bala..bla..bla..Rupanya inilah yg dinamakan temu duga.Baru saya tahu.hehe

No comments :