Mengapa aku diuji sehebat begini?

Tahun ni tahun ketiga aku berpuasa tanpa ayah disisi.Ayah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika aku berumur  14 tahun.Dikala itu,bagi aku pemergiaan ayah masih terlalu awal.Kenapa ALLAH ambil ayah disaat kami sekeluarga masih memerlukannya?Disaat aku mula menghargai perasaan sayang.Ya,aku mengaku,aku berasa amat sedih dan marah.Kadang-kadang aku menggangap dunia ini tidak adil buatku.

Aku sedih kerana semua orang ada ayah.Aku?Aku telah kehilangan kasih sayang seorang ayah.Aku rindu dengan panggilan ayah.Sudah lama aku tidak menyebut panggilan itu.Terlaluu lama.Aku rindu dengan gurau senda ayah.Ayah tempat aku bermanja.Kini,ayah telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan aku.Sungguh aku berasa sedih.Walaupun aku pernah mengguris hati ayah,tapi ayah tidak pernah memukul malahan menengking aku.Ayah begitu baik dan ayahlah segala-galanya buatku.Tiada siapa yang boleh menggantikannya.

Tapi kini aku sedar dan mengerti mengapa ALLAH menguji aku dengan ujian yang sebegitu rupa.Banyak hikmah yang bisa aku dapat.
Tanpa ayah:-  
Aku menjadi seorang yang begitu tabah
Aku belajar apa ertinya susah
Aku mula menghargai orang yang paling aku sayang
Aku mula menjadi seorang yang kuat semangat
Aku mula menjadi seorang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
Dan paling penting aku telah mendekatkan diriku kepada-NYA secara tidak langsung
Alhamdulillah

BUAT AYAH
Atin tahu Atin telah banyak melakukan dosa kepada ayah.Tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat ayah untuk terus mendidik Atin sehingga sempurna dengan didikan agama yang cukup. Atin akan ingat harapan ayah yang ingin melihat Atin berjaya hingga ke menara gading.Insyallah Atin cuba lakukan yang terbaik.Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba,Atin berazam untuk melakukan suatu perubahan dalam diri agar menjadi muslimah sejati dan anak yang mampu membanggakan ayah dan keluarga.Itulah azam Atin.Semoga doa ayah dari sana sentiasa mengiringi perjalanan anakmu ini.Dan semoga kelak,kita berjumpa di syurga nanti.Insyallah.

Esok 21/7/2012 adalah tarikh berpuasa bagi semua umat Islam.Dikesempatan ini aku memohon maaf andai aku ada terkasar bahasa dan bicara kepada semua yang pernah mengenali diriku.Aku hanyalah seorang insan yang lemah lagikan tidak sempurna..Berazamlah untuk berpuasa kerana ALLAH bukan kerana semata-mata lapar dan dahaga.Salam Ramadhan untuk semua :)

4 comments :

Cik Rongoks said...

sama la.ika pulak tahun kedua tanpa papa :(

btw, selamat berpuasa ! ^^

Nor Fahrunisa said...

tetibe rindu pulak dengan kawan aku sorang ni.. :')

Izzah Norlizah said...

Al-fatihah wt ayh t'cnta,,,trs kn jd sowg ank yg tbh ya,,,^__^

Miss Fifi said...

al-Fatihah buat arwah.
setiap yang berlaku,ada hikmahnya.
semoga awak terus kuat dan tabah.

Salam Ramadhan 1433H :)