Kehilanganmu amat berat bagiku~

Hari ni genap setahun abang meninggalkan adik.Terlalu cepat masa berlalu.Adik rasa macam baru semalam   abang pergi meninggalkan adik.Adik tidak sangka begitu cepatnya ajal menemui abang dikala usia yang begitu muda.Sungguh tidak disangka.Andai abang tahu,kenangan bersama abang adalah kenangan yang paling indah dalam hidup adik.Adik rindu dengan gelak tawa dan senyum manis yang ada pada abang.Tapi semuanya lesap begitu sahaja dan begitu pantas tanpa ada amaran yang datang.Masih terlayar tragedi yang pahit itu sehingga memaksa adik menerima suratan takdir yang abang sudah pergi buat selama-lamanya.Pergi tidak kembali membawa separuh nyawa adik melayang bersama.

Andai abang tahu,dengan abanglah adik mengetahui apa ertinya cinta,sayang dan benci.Dengan abanglah adik menjadi insan yang setia.Abang,adik sedih sangat.Andai abang tahu,untuk memulihkan semangat yang telah hilang adik teah mengambil masa berbulan-bulan lamanya hinggakan adik tidak pedulikan apa yang sedang berlaku disekeliling adik.Tapi...adik semacam tersedar saat abang berkata "Adik,tiada apa yang lebih berharga melainkan diri kita sendiri.Sayangilah diri kita.Jangan buat diri kita merana.Jangan menangis kerana orang lain,tapi menangislah kerana diri kita sendiri.Jagalah hati kita kerana tiada siapa yang akan menjaga hati kita."
Dari situlah adik cuba bangkit perlahan-lahan.Cuba mengumpul segala kekuatan yang ada.Kerana abang adik masih ada disini.

Andai abang tahu,adik telah lama menyayangi abang lebih dari apa yang abang sangka.Ya,adik mengaku.Tapi sayang itu hanyalah terucap dihati.Adik tahu abang ada kekasih hati.Perasaan sayang itu datang sehingga menyesakkan hati dan fikiran adik.Adik cuba mengikis perasaan itu.Tapi tidak berjaya.Sehinggakan adik mula membenci abang.Kerana abang adik menjadi begitu.Mula membenci orang yang tersayang.Tapi adik tidak boleh membenci abang kerana abang adalah saudara kandung adik sendiri.Mana mungkin?.Abang begitu baik untuk dibenci.Bagi adik,abanglah pelindung,pendengar yang setia dan imam yang sentiasa menjaga adik.Tiada siapa yang boleh menggantikan abang.

MUHAMMAD AZMEER HAKIMI,21 terima kasih untuk segala-galanya.Adik sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.Semoga abang tenang disana.Doa adik sentiasa mengiringimu wahai abang.Adik berjanji akan menunaikan janji yang kita telah pateri bersama-sama.Adik akan sentiasa ingat janji itu sampai bila-bila.Insyallah adik cuba tunaikan janji itu sebaik mungkin.Semoga adik berjumpa dengan imam baru adik yang boleh membimbing adik kearah jalan kebaikan seperti mana abang harapkan.Imam yang ikhlas mencintai dan menyayangi diri adik seadanya sepertimu abang.Engkaulah abang,engkaulah saudara sejatiku! 
Nota pendek: 'Abang' yang saya maksudkan diatas bukanlah abang kandung saya.Dia merupakan saudara saya.Panggilan abang dan adik merupakan panggilan yang telah lama diguna pakai oleh kami berdua sejak kecil lagi.Harap jangan ada yang salah faham :)

15 comments :

piraaa said...

semoga arwah tenang, al-fatihah

Yumida said...

al fatihah utk arwah..
sabar ye...moga dia bersama di kalangan org beriman.amin
follower ke 2110

*zafirah* said...

sedihnya bila baca:'(
salam Takziah...
btw,fira dah follow sini,jemput la singgah blog fira:)

Atiqah Wadiah said...

InsyaALLAH,satu hari nnt awk akan jumpa imam awk :)

Onitsuka_hana said...

sedihnya. ada sikit2 kena dengan hana

Maizatul Syuhaidah said...

slame ni aku x tau pn kau ade abg :(
aku slalu cite psl abg aku kat kau.
smoge arwah tnang di sne :)

abiwan said...

sabar ya, alangkah beruntung dapat adik mcm anda =)

NURFATIN IZZATI said...

@piraaa aminn.Al-Fatihah~

NURFATIN IZZATI said...

@Yumida terima kasih follow :).follow u back..

NURFATIN IZZATI said...

@*zafirah* sya singgah ke blog awk :)

NURFATIN IZZATI said...

@Atiqah Wadiah insyallah, doakan yg terbaik buat sya.

NURFATIN IZZATI said...

@Onitsuka_hana huhhu :(

NURFATIN IZZATI said...

@abiwan insyallah.terima kasih.huhu :(

NURFATIN IZZATI said...

@Maizatul Syuhaidah bukan abg kandung lah.abg sedaree jee.aku dgn arwah suka panggil abg dan adik jee.sbb dia lg tua dr aku.jgn pikir lain plak.hehe.

Nur Abidah said...

Al-fatihah untk abg akk ..
semoga dia tenang disana ..
insyaAllah ..