M E R A H . J A M B U

Korang nak tahu tak yang saya sebenarnya boring.Boring? Sebab apa?
Jawapannya ialah saya boring dan rasa macam nak delete je blog ni.Pulak dah...
Tapi kenapa sampai nk kena delete? 

Oklah,straight to the point.Meyh saya bagitahu dekat korang semua.Sebenarnya tak adalah niat sampai nk delete blog kesayangan saya ni.Tak macam gila pula kan.Dah penat edit segala bagai terhadap blog ni,alih-alih nk buang je.Orang yang tak ada akal je buat.Betul tak? 

Fact## Saya sukakan pink tapi tak terlalu obses sangatlah.Cuma saya rasa agak boring kerana sudah hampir dua tahun blog saya bertemakan wana pink.Senang cakap,24 jam pink lah.Sampai tulisan pun nampak pink 
*menipu je lebih*..haha.Kalau saya BW pon,kebanyakkan blogger ladies-ladies pakai warna pink untuk blog mereka.Aiyoyo.But memang lah tak dinafikan dan saya tak pertikaikannya kerana 
Pink dengan Ladies memang tak boleh dipisahkan.Kata orang dimana ada pink,disitulah ada ladies.Agree?
Saya ada plan nak tukar warna tema blog saya ni.So,dalam perancangan awal ni,saya rasa saya nak guna warna turquoise lah.Agak-agak ok tak?  Please help me.Tolong komen bagitahu pendapat korang tau! Mungkin saya edit blog ni secara berperingkat-peringkat.Nak ubah keseluruhannya ke?Yup,memang saya plan nk tukar semuanya.Baik dari segi header,lagu mahupun warna tema blog saya.Tapi tengok dulu lah schedule saya.Maklumlah trial makin hampir.huhu. Mungkin saya edit blog ni secara berperingkat-peringkat.Tapi kalau boleh saya cuba elakkan warna yang terang gile.Habiss buta dan berpinar biji mata korang baca blog saya.hehe.

Jangan lupa komen tau !!.bye...

PLKN siri 10/2013 sudah keluar

Semalam syok jee buat entri pasal PLKN.Then tetibe hari ni pulak riuh-rendah cakap yang keputusan PLKN sudah keluar.haha.Lepas balik sekolah,sembahyang Zohor,mandi sume,terus buka PC.Just nak confirmkan je.Alih-alih bila buka FB,berduyun dekat home orang update pasal PLKN! Cayalah wokk! Time nak check keputusan sama ada dapat ke tak,macam nak menangis jee plus pengsan tau tak sebab line internet yang lembab gilee mengalahkan siput gong-gong.Lepas tu bila dah dapat bukak web rasmi PLKN dengan hati yang penuh berdebar dan eksited 
inilah hasilnya jeng,.jeng,,jenggg...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ohh noo~sangat MENGHAMPAKAN!!
Punyalah beria tunggu lama-lama duduk depan PC ni dan bila dah tahu keputusannya ternyata xseperti yang saya harapkan.

Ok fine.Siri kali ni saya tak dapatt.It's okay.Tapi tengoklah kalau siri 11 saya tak dapat saya buat laporan polis!!(haha,jahat tak?).Sedihnya hati bila tak dapattt.Saya mengharapp gilee nak pergi sebab nak ikutkan kalau saya dapat,sayalah orang first yg pergi PLKN dalam family saya.Tahu tak??

Ibu,,Atinn nak pergi lah~~Kenapa dia orang sume dapat pergi? uarghh!!!
*melalak macam budak kecil yg annoying gilee* watlek watpeacee <3
Tapi-tapi kan member saya pon kebanyakkan tak dapat pergi.Syukurlah~
At least saya bukan sorang sahaja yang tak dapat! Ramai sebenarnya yang tak dapat! yeah~

Hurmm~tak pelah.Bukan rezeki saya nak pergi siri 10/2013 kali ni.So sesiapa yang bertuah dapat pergi,
i wish you all the best dengan kehidupan disana.Habislahh,nanti muka korang jadi gelappp!
(mcmlah aku cerah sangat)! paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih..hikhok~

p/s: sesiapa nak semak bolehlah ke--> http://www.khidmatnegara.gov.my/
SELAMAT MAJU JAYA KAWAN-KAWAN

PEMILIHAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013

PEMILIHAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013
Daripada keseluruhan 513,527 remaja yang pada tahun 1995, seramai 140,000 orang telah terpilih untuk mengikuti PLKN Siri 10/2013. Semakan Online masih belum dibuka. Harap bertenang.

******************************************

News : 
KUALA LUMPUR: Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun depan dijangka lebih menarik berikutan pengenalan simulasi pilihan raya yang dilaksanakan menerusi Modul Kenegaraan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul yang dirangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu membabitkan 140,000 pelatih PLKN Siri 10/2013.

Selaras dengan pelancaran program itu, 140,000 daripada 519,527 remaja yang lahir pada 1995 dipilih menyertai PLKN untuk Siri 10/2013 dengan 55 peratus membabitkan peserta lelaki dan bakinya peserta perempuan.

Proses pengambilan pelatih pula menggunakan sistem komputer JLKN yang melakukan carian selama lapan jam, manakala pelatih yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan luar negara boleh membuat rayuan penangguhan.

(wah,batch 1995 memang semangat gilaa nak pergi PLKN.me too!!)
(betullah kata facebookers ni.kalau bagitahu awal-awal kan senang.semuanya dah plan dgn teratur)

Tak sangka saya dah besar rupanya.Dah nak pergi PLKN dah pon.Dulu tak kisah sangat.Almaklumlah budak kecil.Mana lah tahu.huhu.Mintak-mintak nama saya tersenarai dalam peserta lingkungan 140K tu.Insyallah.Kalau boleh biarlah awal sebelum saya futher study dekat mana-mana institusi pengajian kelak.Nanti kalau kene panggil tie study mcm menggangu lah pula.But kes nya sekarang,boleh ke mintak macam tu?haha.

Now,saya sangat teruja.Saya memang nak sangatt pergi.Even ada orang cakap yang PLKN memenatkan,tak best and so on.Memanglah selalunya begitu pada peringkat awal.Ini dinamakan proses pembelajaran.Whattt??HOMESICKKK?tak,,tak,,tak.Saya bukan jenis macam tuh.Saya dah biasa tinggal tanpa ada parents disisi.Malah saya lagi sukaaa...!Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.

p/s: 
Any opinion about this?Korang nak share something,experience dll?boleh jee.
Saya amat mengalu-alukannya :)
more info--> https://www.facebook.com/PLKN2012?ref=stream

Korang rasa annoying bila...

Salam Ramadan buat hari yang ke-2.Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dihari kedua kita berpuasa.Hari ni saya nak story sikit.Sebenarnya entri kali ni agak sensitif sikit.Tapi tak apalah.Nak juga cerita.Sebab dah tak tahan sangat nak luahkan.Just amik point "Saya nak luahkan perasaan terpendam" boleh?hehe

Sejak kebelakangan ni,saya selalu jugak lah stalk bermacam-macam blog,fb and twitter.Biasalah orang muda katakan.hhaha.Tapi apa yang saya tak puas hati ialah mengenai cara penulisan sesetengah manusia ni.Nak dikatakan tak sekolah,,sekolah.Haishh!.Oklah straight to the point.

Saya ambil contoh yang terdekat,FB!.Dekat FB ni macam-macam orang kita boleh kenal.Kan??
Dengan hotstuff lah lah,hotsentapp lah,whatever lah.Tapi part tu saya tak kesah lah.Dia nak tergolek,terguling,biarkan.Sekarang ni yang saya kesah ialah cara penulisan sesetengah orang.Saya tak mention spesifik person ok.it's general.Siapa yang makan cili,terasa pedasnya.Betul tak?

maybe korang rasa ANNOYING gile bila ada someone tulis macam ni

alorh,titew tak leyh tito arhh.cpew nak titow kan titew.enat asenyew.Baru alek ari alan-alan.Nak mecet boyprengg die x adew arhh.Oh my gucci,i fell alone and buhsann.Apew tite nak wat skang ny?hah!jum titew denga radio shame-shame.

Yang dekat atas tu cumalah contoh sahaja.Sebenarnya banyak lagi contoh.Tapi tak apelah.Just bagi contoh yang simple and senang faham.Kalau nak tambah,korang tambahlah sendiri.Saya bukannya reti sangat dengan bahasa ala-ala gedik,annoying and shitt ni!.haha.Kalau setakat bahasa mesej yang biasa-biasa boleh lah.Yang standard katakan.huhu.bila saya baca tulisan mcm tuh,rasa mcm nak hempuk je empunya badan tu!
Menyusahkan orang nak baca dan memahaminya.

So kepada manusia diluar sana,please take a note:
Saya nasihatkan belajarlah cara menulis dengan betul sebab bahasa melambangkan bangsa ! Rosak bahasa Melayu kita,cik akak oii !(Selalunya orang perempuan yang buat tulisan macam ni,btol tak?).
Kan lebih bagus dan sedap dibaca kalau tulis ala-ala formal atau penuh.Senang sikit dan tak payah terbelit lidah ni time nak baca.

Oklah,itu je nk story.Segala kekurangan pada entri kali ni harap dimaafkan.Saya tahu itu semua hak masing-masing.Tapi,bak kata Nabil,"lu pikirlah sendiri".
p/s: amboii TEN,kau ni tak agak-agak lah.hehe.Bulan puasa kot.Bnyakkan bersabar.Kurengg pahala tu.huhu
Assalammualaikum semua.

Mengapa aku diuji sehebat begini?

Tahun ni tahun ketiga aku berpuasa tanpa ayah disisi.Ayah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika aku berumur  14 tahun.Dikala itu,bagi aku pemergiaan ayah masih terlalu awal.Kenapa ALLAH ambil ayah disaat kami sekeluarga masih memerlukannya?Disaat aku mula menghargai perasaan sayang.Ya,aku mengaku,aku berasa amat sedih dan marah.Kadang-kadang aku menggangap dunia ini tidak adil buatku.

Aku sedih kerana semua orang ada ayah.Aku?Aku telah kehilangan kasih sayang seorang ayah.Aku rindu dengan panggilan ayah.Sudah lama aku tidak menyebut panggilan itu.Terlaluu lama.Aku rindu dengan gurau senda ayah.Ayah tempat aku bermanja.Kini,ayah telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan aku.Sungguh aku berasa sedih.Walaupun aku pernah mengguris hati ayah,tapi ayah tidak pernah memukul malahan menengking aku.Ayah begitu baik dan ayahlah segala-galanya buatku.Tiada siapa yang boleh menggantikannya.

Tapi kini aku sedar dan mengerti mengapa ALLAH menguji aku dengan ujian yang sebegitu rupa.Banyak hikmah yang bisa aku dapat.
Tanpa ayah:-  
Aku menjadi seorang yang begitu tabah
Aku belajar apa ertinya susah
Aku mula menghargai orang yang paling aku sayang
Aku mula menjadi seorang yang kuat semangat
Aku mula menjadi seorang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
Dan paling penting aku telah mendekatkan diriku kepada-NYA secara tidak langsung
Alhamdulillah

BUAT AYAH
Atin tahu Atin telah banyak melakukan dosa kepada ayah.Tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat ayah untuk terus mendidik Atin sehingga sempurna dengan didikan agama yang cukup. Atin akan ingat harapan ayah yang ingin melihat Atin berjaya hingga ke menara gading.Insyallah Atin cuba lakukan yang terbaik.Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba,Atin berazam untuk melakukan suatu perubahan dalam diri agar menjadi muslimah sejati dan anak yang mampu membanggakan ayah dan keluarga.Itulah azam Atin.Semoga doa ayah dari sana sentiasa mengiringi perjalanan anakmu ini.Dan semoga kelak,kita berjumpa di syurga nanti.Insyallah.

Esok 21/7/2012 adalah tarikh berpuasa bagi semua umat Islam.Dikesempatan ini aku memohon maaf andai aku ada terkasar bahasa dan bicara kepada semua yang pernah mengenali diriku.Aku hanyalah seorang insan yang lemah lagikan tidak sempurna..Berazamlah untuk berpuasa kerana ALLAH bukan kerana semata-mata lapar dan dahaga.Salam Ramadhan untuk semua :)

Kehilanganmu amat berat bagiku~

Hari ni genap setahun abang meninggalkan adik.Terlalu cepat masa berlalu.Adik rasa macam baru semalam   abang pergi meninggalkan adik.Adik tidak sangka begitu cepatnya ajal menemui abang dikala usia yang begitu muda.Sungguh tidak disangka.Andai abang tahu,kenangan bersama abang adalah kenangan yang paling indah dalam hidup adik.Adik rindu dengan gelak tawa dan senyum manis yang ada pada abang.Tapi semuanya lesap begitu sahaja dan begitu pantas tanpa ada amaran yang datang.Masih terlayar tragedi yang pahit itu sehingga memaksa adik menerima suratan takdir yang abang sudah pergi buat selama-lamanya.Pergi tidak kembali membawa separuh nyawa adik melayang bersama.

Andai abang tahu,dengan abanglah adik mengetahui apa ertinya cinta,sayang dan benci.Dengan abanglah adik menjadi insan yang setia.Abang,adik sedih sangat.Andai abang tahu,untuk memulihkan semangat yang telah hilang adik teah mengambil masa berbulan-bulan lamanya hinggakan adik tidak pedulikan apa yang sedang berlaku disekeliling adik.Tapi...adik semacam tersedar saat abang berkata "Adik,tiada apa yang lebih berharga melainkan diri kita sendiri.Sayangilah diri kita.Jangan buat diri kita merana.Jangan menangis kerana orang lain,tapi menangislah kerana diri kita sendiri.Jagalah hati kita kerana tiada siapa yang akan menjaga hati kita."
Dari situlah adik cuba bangkit perlahan-lahan.Cuba mengumpul segala kekuatan yang ada.Kerana abang adik masih ada disini.

Andai abang tahu,adik telah lama menyayangi abang lebih dari apa yang abang sangka.Ya,adik mengaku.Tapi sayang itu hanyalah terucap dihati.Adik tahu abang ada kekasih hati.Perasaan sayang itu datang sehingga menyesakkan hati dan fikiran adik.Adik cuba mengikis perasaan itu.Tapi tidak berjaya.Sehinggakan adik mula membenci abang.Kerana abang adik menjadi begitu.Mula membenci orang yang tersayang.Tapi adik tidak boleh membenci abang kerana abang adalah saudara kandung adik sendiri.Mana mungkin?.Abang begitu baik untuk dibenci.Bagi adik,abanglah pelindung,pendengar yang setia dan imam yang sentiasa menjaga adik.Tiada siapa yang boleh menggantikan abang.

MUHAMMAD AZMEER HAKIMI,21 terima kasih untuk segala-galanya.Adik sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.Semoga abang tenang disana.Doa adik sentiasa mengiringimu wahai abang.Adik berjanji akan menunaikan janji yang kita telah pateri bersama-sama.Adik akan sentiasa ingat janji itu sampai bila-bila.Insyallah adik cuba tunaikan janji itu sebaik mungkin.Semoga adik berjumpa dengan imam baru adik yang boleh membimbing adik kearah jalan kebaikan seperti mana abang harapkan.Imam yang ikhlas mencintai dan menyayangi diri adik seadanya sepertimu abang.Engkaulah abang,engkaulah saudara sejatiku! 
Nota pendek: 'Abang' yang saya maksudkan diatas bukanlah abang kandung saya.Dia merupakan saudara saya.Panggilan abang dan adik merupakan panggilan yang telah lama diguna pakai oleh kami berdua sejak kecil lagi.Harap jangan ada yang salah faham :)

Tolong saya macam mana nak....

Nak minta tolong sikit boleh tak?Tolong saya macam mana nak dapatkan BE Nuffnang dengan cepat.*melampauu!!**huhu~Sebenarnya saya sudah menyertai ahli Nuffnang ni 3 minggu lepas.So,nak dijadikan cerita,saya tak ada ilmu pengetahuan(zero)mengenai Nuffnang ni secara overall.I'm newbie.
Anyone can help me to solve about this problems mcm mana nak dapatkan BE yang banyak?
BE yang baru-baru ni saya dapat baru je RM0.25.

Sikit kan?Sebelum ni saya sudah join churp-churp tapi earning still xberganjak dari RM3.60.Lambat gila nak naik.Ber'janggut' tunggu tau!Yela mana tak nya,punyerlah sebelum ni saya letak iklan dalam blog bagai nak rak dan sampaikan naik serabut blog saya,tapi korang tak tekan satu pun iklan saya.Buat don't know je.Sedihnya.Seriusly saya jeles dengan blogger terhebadd lain,yang BE naik mendadak tak sampai beberapa hari pun Saya?Nothing beb..So sesiapa yang pakar sila tampil membantu yee :) Dan saya harapkan bila saya menyertai Nuffnang ni,adalah sikit peluang untuk saya berjaya mendapatkan BE yang sederhana banyak.Korang tolong saya eh..>,<

p/s: saya dah ikut tips dan syarat mengenai cara meletakkan iklan Nuffnang diblog.Saya dah pasang di ketiga-tiga tempat itu.I follow it's rule~So apa lagi yang kurang?